Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Iqbal Zulkefli meluahkan hasrat untuk melamar pegawai polis sensasi, Inspektor Sheila sebagai kekasih.
Terlalu sunyi hidup bersendirian, lqbal yang kini bergelar usahawan itu mendambakan seorang wanita ‘garang’ sebagai bakal isteri.
Iqbal percaya disebalik ketegasan Inspektor Sheila, ada ciri-ciri kewanitaan yang bakal membuat hatinya terpaut.
Mahu mengenali gadis itu dengan lebih rapat, Iqbal yakin sifat tegas Inspektor Percubaan itu mampu mengubahnya menjadi lebih baik.
Bersedia untuk bertemu janji, Iqbal menyatakan keinginannya itu di ruangan komen hantaran portal Mstar mengenai Sheila.
“Ya, saya sunyi sekarang ini. Memang tiada kekasih untuk ajak keluar bersama. Jadi tak salah kalau mencuba nasib untuk mencari teman hidup.
“Saya sukakan wanita garang. Lagi garang, lagilah saya suka. Namun saya juga percaya dia seorang yang manja,” kata Iqbal memetik Mstar.
Enam tahun lebih muda daripada Sheila, Iqbal sudah membayangkan saat manis jika wanita itu berjaya menjadi miliknya.
“Alangkah bahagianya kalau menjadi teman (suami) Sheila dan dia siapkan kopi setiap pagi.” Kongsi bapa kepada seorang anak angkat itu.
Inspektor Sheila sebelum ini menawarkan sesi bertemu janji dengan mana-mana pemuda yang berminat untuk mengenali dirinya.
Mencari calon suami, peluang itu terbuka buat semua lelaki bujang daripada pelbagai kaum, latar belakang dan juga agama.
Terdahulu, Inspektor Sheila mula dikenali ramai setelah dirakam menghina seorang pegawai polis berpangkat Lans Koperal.
Dihadapkan ke mahkamah, Sheila yang mengaku tidak bersalah itu turut dituduh dengan kesalahan mengugut orang awam.
Baca juga: Seram bila tahu Inspektor Sheila cari calon suami, “Lans Koperal boleh cuba?”