Para peniaga seharusnya lebih peka dalam kebersihan terutamanya penjual makanan, satu kesalahan boleh menyebabkan keracunan kepada pelanggan.
Seorang wanita terkedu melihat seekor cicak dalam nasi lemak yang dibelinya hingga menyebabkan hilang selera makan.
“Sebelum makan check la dlu ya. fobia aku nak beli nasi lemak tepi jalan! Pengotor gila,” ujarnya pada kapsyen video dimuat naik di TikTok, @ffaateha.
Rata-rata warganet juga tertanya sama ada penjual nasi tersebut tersalah melihat cicak sebagai ikan bilis kerana saiz yang agak besar.
Tidak kira menjual dalam kedai mahupun tepi jalan, utamakan kebersihan. Bila tak ada pelanggan mula salahkan sihir padahal diri sendiri pengotor.