Niat dua orang gadis yang ingin beriadah terbantut apabila diganggu oleh seorang lelaki bermata keranjang di sebuah taman rekreasi.
Ketika kejadian, gadis itu sedang berehat di bangku sebelum didatangi oleh lelaki terbabit yang kemudian turut duduk di bangku sama.
Mulanya hanya memerhati, lelaki yang berpangkat ‘pak cik’ itu kemudian cuba untuk mendekati mereka dengan berbual kosong.
Suasana mula menjadi keruh apabila lelaki itu meminta mereka untuk memangilnya dengan gelaran ‘abang’ berikutan dirinya belum berkahwin.
Khuatir perkara buruk bakal berlaku, salah seorang gadis kemudian merakam kejadian tersebut untuk dijadikan sebagai bukti.
Tidak terhenti di situ, lelaki berkenaan tiba-tiba bertindak lebih berani dengan memaksa mereka untuk mengambil gambar bersama.
Menolak ajakan ‘pak cik’ tersebut, gadis dan rakannya bersyukur apabila lelaki itu terus beredar tanpa melakukan apa-apa.
Difahamkan, sebelum mereka bertiga duduk di bangku, lelaki berusia itu sudah memerhatikan gadis berkenaan lebih awal.
“Lelaki itu dah perhati kita orang dan semasa kawan baik saya nak hantar basikal. Dia tengok dua kali. Ada ‘part’ yang lupa nak rakam,” katanya.
Berharap perkongsiannya memberi kesedaran, gadis itu meminta agar wanita lebih peka dengan keadaan sekeliling.
Menurutnya, wanita juga harus pandai memikir jalan keluar sekiranya terperangkap dengan situasi yang membahayakan itu.
“Banyak manusia yang tua atau muda kadang tiada otak cuba mendekati orang yang tidak dikenali. Tambahan lagi paksa kita ikut kehendak dia.
“Kita (wanita) di dunia yang tak lepas daripada perkara ini, Jangan ‘provoke’. Berdepan dengan berhati-hati supaya mereka tak guna kekerasan.” Kongsinya.
Baca juga: Wang kertas RM1 tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman cecah RM6,000 sekeping