Siapa menyangka aktiviti fizikal kini menjadi salah satu faktor penting dalam mengambil pekerja baru.
Namun tindakan syarikat pembuatan di China memecat seorang pekerja selepas gagal tamatkan larian sejauh lima kilometer dalam masa 30 minit menerima kecaman ramai.
Menurut sumber Oddity Central, Liu dari Jiangsu memfailkan saman terhadap bekas majikan untuk penamatan kerja tanpa etika.
Liu ditawarkan pekerjaan tersebut selepas lulus beberapa siri ujian praktikal yang melibatkan kimpalan elektrik dan pemotongan gas.
Sebaik melapor diri di syarikat itu, dia perlu berdepan dengan satu lagi ujian besar iaitu ujian larian jarak jauh.
Rakan-rakan sekerja sempat memberi amaran jika gagal maka dia akan dipecat namun akibat suhu mencecah 40 darjah celcius maka Liu tak sempat berlatih.
Liu mendakwa selepas berlari kira-kira 800 meter di bawah sinaran matahari yang terik, dia mula mengalami simptom seperti strok haba dan berputus asa.
Disebabkan itu dia memilih untuk tidak menamatkan perlumbaan dan kembali bekerja seperti biasa.
Keesokan harinya, dia dimaklumkan bahawa dia telah gagal dalam tempoh percubaan tersebut.
Liu kemudian membawa syarikat itu ke mahkamah dengan dakwaan mereka gagal memaklumkannya tentang keperluan untuk lulus ujian kecergasan fizikal sebelum mengambilnya bekerja.
Liu berpendapat pemberhentiannya dari syarikat itu juga menyalahi undang-undang.
Mahkamah Pertengahan Rakyat Suzhou bersetuju dengan Liu dan memerintahkan syarikat itu membayarnya lebih 7,000 yuan (kira-kira RM4,500) sebagai pampasan.
Baca juga: Umum manifesto belanja ‘lunch’ bulan puasa, ramai sokong Bell Ngasri menang ABPBH