Penampilan terbaharu Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin telah berjaya mencuri tumpuan pengguna media sosial baru-baru ini.
Mana tidaknya, baginda kini sering tampil di majlis rasmi dengan mengenakan tudung sejurus pulang daripada menunaikan ibadah haji.
Terbaharu, tular satu rakaman video memaparkan keberangkatan baginda ke Majlis Santapan Hi-Tea Bersama Seri Paduka di Istana Negara.
Menerusi video berkenaan, baginda yang memakai busana berona merah jambu itu tampak manis bergaya bersama tudung bawal.
Berjaya meraih sebanyak 1.3 juta tontonan, rakaman berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna menerusi satu hantaran di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata penonton memuji kecantikan baginda yang terserlah selepas mengenakan tudung.
Malah, ada individu yang berpendapat bahawa Tengku Permaisuri Selangor tampak lebih muda dengan penampilan baharunya itu.
Tidak lupa, ramai juga pengguna TikTok turut mendoakan agar bekas pembaca berita TV3 itu terus beristiqamah dengan penghijrahannya.
“Alhamdulillah, kecantikan yang sempurna. Semoga sentiasa istiqamah. Amin ya rabbal alamin,” doa tulus seorang penonton.
“Cantiknya, nampak lebih muda daripada usia sebenar.” Puji pengguna TikTok lain.
Terdahulu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor berangkat menunaikan ibadah haji pada awal Julai lalu.
Baca juga: Suami larang vaksin, ibu pilu dubur bayi melecet selepas cirit-birit akibat Rotavirus