Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak secara tiba-tiba menyatakan keprihatinan terhadap harga makanan di restoran segera McDonald yang dikatakan mahal.
Jika orang ramai mengeluh kerana harga makanan di warung-warung semakin mahal, Najib pula mengeluh tentang harga McDonald dengan membandingkan harga enam tahun lepas.
Najib dalam hantaran yang dibuat di laman Facebook miliknya menyatakan bahawa peningkatan ketara telah dilakukan pihak rangkaian makanan segera itu sejak Disember 2017.
“Harga Mekdi Dis 2017 (termasuk GST) vs hari ini.
“Big Mac: RM8.60 –> RM13.40 (naik 56%)
McChicken: RM5.00 –> RM9.29 (naik 86%)
Filet-O-Fish: RM7.00 –> RM9.76 (naik 40%)
French Fries (L): RM4.20 –> RM7.26 (naik 73%)
McNuggets Happy Meal: RM6.80 –> RM11.42 (naik 68%)
“Harga dah turun belum selepas GST dimansuh? Mana perginya geng-geng “50 Ringgit penuh troli” masa PRU14?
“Harap Menteri boleh pantau sikit kenapa harga Mekdi asyik naik setiap tahun selepas PRU14 sebab kadar kenaikan ini adalah mengejutkan,” katanya.
Untuk rekod, laman rasmi FB Najib Razak dikendali admin atau pentadbir halamannya berikutan bekas PM itu sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana kes penyelewengan dana SRC.
Baca juga: Berubah selepas tunai haji, penampilan Tengku Permaisuri Selangor curi tumpuan