Buang crepe basi dalam tong sampah, Kieda menangis tanggung rugi hampir RM10,000

Oleh KIM SYAZIE

Usahawan sensasi dari Pulau Pinang, Kieda Crepe kembali menyita perhatian orang ramai menerusi satu hantaran video di akaun TikTok miliknya.

Tular di media sosial, rakaman tersebut memaparkan pekerja Kieda yang sedang membuang pencuci mulut buatannya ke dalam tong sampah.

Mengaku kecewa, Kieda memaklumkan bahawa sebanyak 475 bekas berisi Crepe terpaksa dibuang kerana makanan tersebut sudah basi dan berlendir.

Akibat daripada kejadian tersebut, pemilik nama penuh Siti Nur Khalieda Yusra itu terpaksa menanggung kerugian hampir mencecah RM10,000.

Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada chiller atau peti sejuk tempat penyimpanan stok Crepe yang mengalami kerosakkan secara tiba-tiba.

@crepekiedapenang

Takpa , kieda kuat. Takda rezeki kami . Esok kita usaha lain🤲🏻💔😭😭😭😭 #kiedacrepetour #kiedacrepe #hqkiedacrepepenang

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

“Saya dapat makluman pekerja beritahu produk Crepe rosak sebanyak 475 bekas. Saya kerugian RM9,404. Tetapi tidak mengapa. Mungkin ujian saya.

“Tiada rezeki. Sedihlah, makanan macam inikan bersusu (cepat rosak). Esok kita berniaga, kita all out dekat sini pula,” ujar Kieda memujuk pekerjanya.

Kieda kini sedang menjalankan jelajah perniagaan, Kieda Crepe Tour di negeri Pahang bertempat di Bazar Serambi Teruntum, Kuantan

Sudah menghabiskan wang untuk membiayai kos perjalanan ke Kuantan dari Pulau Pinang, kini Kieda terpaksa pula menganggung kerugian yang banyak.

Berkongsi kekecewaannya di laman TikTok, rata-rata penonton meluahkan rasa simpati mereka terhadap ahli perniagaan tersebut.

Menasihati agar usahawan itu terus bersabar, mereka turut mendoakan supaya urusan Kieda dipermudahkan Tuhan.

“Nangis bukan sebab duit ringgit tapi sebab guna tenaga buat Crepe itu. Semoga Allah permudahkan urusan Kieda dan team,” doa seorang pengguna.

“Percayalah, 10 ribu itu Allah akan ganti dengan perkara yang berlipat ganda. Yang tidak disangka-sangka. Sabar ya.” Kongsi pengguna lain.

Baca juga: Bahana makan cendawan petik tepi rumah, sekeluarga lemah longlai angkara kulat beracun