Tindakan melepaskan 50 ekor burung merpati semasa majlis perkahwinan anak akhirnya membawa padah apabila resort milik A. Aida dipenuhi dengan najis burung tersebut.
Anak kepada penerbit A. Aida dan penyanyi Ameng sah bergelar isteri pada Sabtu lalu di Kasturi D Manggis, Janda Baik, Pahang.
Acara tersebut juga menyaksikan upacara simbolik pelepasan 50 ekor burung merpati dilakukan sebaik sahaja selesai majlis.
Menurut mStar Online, Aida memaklumkan burung-burung yang dilepaskan itu tidak mahu terbang jauh dan masih lagi berkeliaran di sekitar resort miliknya.
“Niat saya nak bebaskan burung itu dari terkurung, tak sangka pula bila dibebaskan dia tidak mahu pergi ke tempat lain.
“Habis sekarang ini resport saya dipenuhi tahi burung. Burung-burung itu duduk di atas bumbung rumah saya,” katanya.
Malah Aida turut memaklumkan dia pada awalnya mahu membeli 100 ekor burung merpati yang dijual pada RM25 seekor namun penjual tersebut hanya ada 50 ekor sahaja.
“Mulanya saya minta seratus ekor, tapi penjual kata ada 50 saja, Nasib baik sebenarnya. Saya tak boleh bayang kalau ada seratus ekor tinggal di atas bumbung resort saya sekarang ini,” katanya.
Kini, Aida memaklumkan sedang berusaha untuk menangkap burung-burung tersebut untuk dilepaskan di tempat lain.
“Saya tengah cari orang untuk tangkap burung itu, siapa tangkap..kira dia punyalah. Saya bukan tak nak bela.
“Ada yang sarankan saya untuk bela supaya jadi tarikan tempat saya ini, tapi saya tak boleh buat macam itu sebab tak ada siapa nak bersihkan najis-najis burung itu nanti,” katanya.
Kalau lihat upacara di luar negara, mereka hanya melepaskan dua ekor sebagai simbolik permulaan hidup berdua.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio