“Dah duduk atas kerusi roda…”, ramai titip doa buat Datuk M Daud Kilau

Oleh KIM SYAZIE

Keadaan terkini penyanyi legenda, Datuk M. Daud Kilau, lebih dikenali sebagai Raja Gelek Malaysia yang sedang berkerusi roda, membuatkan ramai terkejut.

Keadaan terkini beliau itu mula mendapat perhatian ramai berikutan video mengenai penyanyi lagenda itu tular selepas dimuat naik pengguna TikTok @lindazakaria.

Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan lebih 500 ribu.

Dalam video itu terlihat M Daud Kilau sedang duduk di atas kerusi roda, memakai baju tshirt dan berkain sarung sambil menyanyikan lagu popularnya iaitu Cek Mek Molek untuk peminatnya yang hadir menziarah dia di rumah.

Walaupun kesihatannya kini semakin berukarangan, akan tetapi terlihat masih segar untuk menyambut dan melayani ketika penminat-peminatnya datang hadir menziarahinya.

“Eksklusif suara lagenda Datuk M. Daud Kilau menyanyi lagu Cek Mek Molek. Masih sedap suara nya,” tulis pengguna itu.

Rata-rata peminat yang melihat video tersebut sebak dan meninggalkan doa pada ruangan komen agar beliau kembali sihat seperti sedia kala

.“Rindu masa dia masih sihat, seronok tengok aksi beliau membuat persembahan”“

Semoga diberi kekuatan dan semangat diatas ujian yang diberikan semoga cepat sembuh sepenuhnya seperti sedia kala amin”

“Semoga Datuk cepat sembuh kembali dan dipermudahkan segala urusan aamiin”.

Baca juga: Pukulan ‘smash’ lebih pantas daripada jentera F1, Pearly Tan cipta rekod dunia – “Kalah Chong Wei!”