Terlalu obses dengan watak patung Ken, seorang lelaki dari Brazil sanggup habis ratusan ribu ringgit demi terlihat seperti mainan yang sering dibeli kanak-kanak.
Júnior Beviláqua juga dikenali sebagai real-life Ken (patung versi manusia) selepas menghabiskan £62,000 (RM365,333) untuk pembedahan plastik.
Malah Beviláqua juga sudah menjalani 80 pembedahan dan pembedahan terbarunya akan mengejutkan ramai.
Pastinya umum tahu bahawa patung tidak mempunyai alat kelamin seperti manusia, namun lelaki tersebut tetap akan menjalani pembedahan penile phalloplasty (pembesaran zakar).
Menerusi temu bual secara eksklusif bersama Daily Star, dia membuat keputusan untuk membesarkan zakarnya.
“Saya fikir, saya telah melakukan segala-galanya. Ganya ada satu perkara yang hilang, jadi saya akan meningkatkannya dan membetulkan intimate aesthetics,” katanya secara eksklusif kepada Daily Star.
Tambahnya, pemulihan penuh daripada pembedahan pembesaran zakar adalah sekitar enam hingga lapan minggu.
Terlalu obses hingga habiskan ratusan ribu ringgit agar terlihat seperti patung dilihat agak menakutkan kerana setiap pembedahan ada risiko tersendiri.
Apatah lagi seluruh dunia sedang mengalami demam Barbie selepas filemnya kini ditayangkan di pawagam di kebanyakan negara.
Baca juga: Tiada duit ada hati nak ‘travel’, siap minta rakyat Malaysia tanggung perbelanjaan