Satu kedai makan di Melaka sering kali tular disebabkan pekerja dan pemilik kedai mereka yang sering maki pelanggan.
Namun selalunya ada sahaja yang mempertahan mereka dengan alasan orang Melaka memang cara cakapnya kasar tapi hati mereka lembut.
Walaupun sudah tahu kedai tersebut sudah beberapa kali tular, masih ada yang pergi makan kemudian muat naik video tidak berpuas hati dengan layanan.
Menurut pemilik video tersebut, dia tidak mengetahui mengenai kedai tersebut tular sebab makian, jika tahu maka dia akan mencari kedai lain juga.
“Aku punyalah teruja nak makan asam pedas melaka, sekali kena gini memang potong terus selera makan. Tak ada budi bahasa langsung!
“Dengan muka semua macam apa. Ke memang macam ni dia layan pelaggan dia datang?” ujar pemilik video tersebut di ruangan kapsyen.
Menurutnya, dia baru sahaja nak buat pesanan dan tidak sampai dua saat, ada orang tua dalam kedai tu mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati mereka.
“Aku datang sini nak makan. Baru nak buat pesanan tak sampai dua saat ada orang tua dalam kedai tu kata kalau tak tahu nak makan apa baik tak payah makan
“Pergi je kedai lain. Daripada tukang ambik pesanan sampailah ke semuanya (pekerja) sekali macam hanat,” tambahnya.
Rata-rata warganet tertanya-tanya sama ada kedai tersebut satu-satunya yang menjual asam pedas sedap sehinggakan ada ramai yang sanggup tahan dimaki demi makanan.
“Yang pelik kenapa masih ramai lagi, sedap bebenor (sangat) ke,” komen Dyna.
“Nak masuk kedai ni, jiwa kena kental sis. Mulut tak boleh bawa bincang,” ujar pengguna TikTok.
“Kalau saya, sedap macam mana masakan dia, kalau biadap memang saya akan keluar. Duit saya, bukan minta dilayan macam raha, cukup beradab,” tambah Miss Na.
“Daripada dulu lagi kedai ini viral sebab layanan mereka, saya nak pergi tak nak datang kedai ni. Hati kita tisu awak, takut menangis,” kata SA.
Baca juga: ‘Influencer’ campur keropok khinzir dalam makanan, restoran terpaksa buang semua pinggan mangkuk