Rupanya boleh campur minyak RON95, RON97, tapi ada caranya

Oleh KIM SYAZIE

Tular seorang wanita yang mengisi minyak RON95 dan RON97 secara berselang-seli sehingga menimbulkan tanda tanya sama ia boleh atau tidak.

Seorang lelaki menggunakan Instagram PakcikShell, memaklumkan bahawa ia bukanlah satu masalah untuk mencampurkan minyak semasa mengisi namun ada caranya.

“Bolehkah campur minyak RON95 dan RON97? Boleh, tiada masalah. asal jangan campur diesel!

“Tapi bagi saya, selepas beberapa kali guna RON95, tunggu habis; baru isi RON97 supaya enjin dan injector betul-betul bersih kerana additif dalam shell v-power 3x lebih kesan cuci.

“Eh eh pakcik pun guna kuning huhu,” ujarnya di Instagram.

Rata-rata warganet memuji pemilik Instagram yang menerangkan situasi tersebut dan tidak memerli wanita tersebut seperti orang lain.

“Bagus PakcikShell, penerangan guna bahasa Melayu sepenuhnya tanpa campur bahasa Inggeris.

“Daripada membahan, baik sahaja pakcik ini terangkan.

“Dulu masa minyak RON97 murah, merasa jugalah pakai RON97 memang seronok. Enjin smooth. Tp itu dululah. Sekarang memang pakai kuning,” antara komen pengguna Instagram.

Pastikan minyak RON95 habis dahulu barulah cuba guna RON97, bukan seperti dilakukan wanita yang tular itu barulah enjin bersih.

Baca juga: Mak nyah kembali kepada fitrah, sah jadi suami bekas pengkid dengan 5 kali lafaz