Tak sengaja tengok The 1975 bercumbu? Rupanya ini yang Umat Islam perlu lakukan

Oleh KIM SYAZIE

Umat Islam yang tidak sengaja menonton aksi bercumbu melibatkan ahli kumpulan The 1975 dinasinatkan untuk segera bertaubat.

Walaupun tidak berniat untuk menyokong maksiat, penonton festival muzik Good Vibes itu tetap perlu memohon keampunan Allah daripada SWT.

Hal ini bertujuan untuk menzahirkan perasaan kesal di dalam diri mereka meskipun pononton ini tidak dikira melakukan dosa.

Teguran berkenaan ditujukan khas kepada penonton festival berkenaan daripada Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

“Perlu diingatkan, agama Islam tidak sama sekali menentang hiburan termasuk konsert muzik, drama, filem dan seumpamanya. 

“Yang ditentang dan dilarang adalah hiburan dan apa juga aktiviti seni yang boleh merosakkan fikiran, kelakuan penonton atau peminat.

“Oleh itu, umat Islam yang pergi menonton konsert tersebut dinasihatkan supaya memohon keampunan daripada Allah SWT,” katanya memetik Awani.

Wan Salim berkata, kerajaan berhak membatalkan festival kerana penganjur telah berjanji untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas konsert tersebut.

Menurutnya, semua pihak seharusnya bekerjasama dalam usaha membina komuniti masyarakat yang baik, adil dan bersih.

“Tidak wajar bagi negara yang ingin membangun generasi penerus yang dinamik dan progresif membawa masuk budaya luar yang boleh merosakkan moral,” ulasnya.

Kumpulan The 1975 merupakan pemuzik asal British yang menimbulkan kekecohan di hari pertama festival muzik Good Vibes.

Berkelakuan tidak senonoh, vokalis kumpulan The 1975 iaitu Matt Healy telah bertindak mencium rakan sejantina iaitu gitarisnya sendiri di atas pentas.

Healy turut memegang botol arak di atas pentas selain membuat kenyataan menghina undang-undang Malaysia berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Sehubungan dengan itu, kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah mengarahkan pembatalan festival dengan serta-merta.

Baca juga: Tidak hirau kecaman, penyanyi dangdut nekad mahu sertai PRN sebagai calon bebas