Servis PBT ‘perform’, penduduk tiga bandar ini diiktiraf paling bahagia di Malaysia

Oleh KIM SYAZIE

Siapa sangka, bandar raya Petaling Jaya, Manjung, dan juga Kluang telah tersenarai sebagai kota yang paling bahagia di Malaysia.

Penyumbang utama ‘kebahagiaan’ ini adalah tahap dan kualiti perkhidmatan yang diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada penduduknya.

Perkhidmatan ini termasuklah penjagaan kebersihan persekitaran bandar, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah yang berkesan serta teratur.

Diraikan setiap tahun, pengiktirafan ini dilakukan bersempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia yang jatuh pada 20 Mac.

Sementara itu, Gua Musang, Klang, Kulai, Krai, Kuantan, Rompin dan Alor Gajah turut berada dalam senarai 10 Bandar Paling Bahagia 2022 di Malaysia ini.

Senarai tersebut ditentukan berdasarkan Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022 yang dilaksanakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

Indeks kebahagiaan pula dikira berpandukan tahap kesejahteraan penduduk meliputi aspek kesihatan, kesejahteraan, mental dan fizikal.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Datuk M. Noor Azman Taib memaklumkan kajian ini melibatkan 42,000 responden dari 117 PBT.

“Daripada kajian itu, kita dapati 79 peratus atau 92 bandar mencapai status mampan dengan skor melebihi 80 peratus .

“Sementara, 25 bandar (21 peratus) mencatatkan peratus sederhana bahagian dengan skor antara 50 dan 79 peratus,” katanya memetik Astro Awani.

Terdahulu, kawasan sekitar Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka secara rasminya diiktiraf sebagai kota paling bahagia di Malaysia untuk tahun 2021.

Menurut Azman, penilaian Indeks Kebahagiaan ini dijalankan melalui Program Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia atau MURNInets.

“MURNInets merupakan satu sistem di bawah seliaan PLANMalaysia bagi mengukur kemampanan kawasan PBT di Malaysia.” Jelasnya.

Baca juga: Tak sengaja tengok The 1975 bercumbu? Rupanya ini yang Umat Islam perlu lakukan