Siapa HABHAL’S? Rupanya ini sejarah kicap cap kipas udang yang ramai tak tahu

Oleh WAN SITI AMINAH

Sejarah penubuhan syarikat pengeluar kicap Cap Kipas Udang di Malaysia sering dikaitkan dengan pengasasnya, Allahyarham Datuk Lambak Mohamad.

Datuk Lambak ialah seorang ahli perniagaan terkenal asal Johor yang meninggal dunia pada tiga tahun lalu di usianya mencecah 100 tahun.

Namun tahukah anda, misteri pencipta sebenar kicap yang dicintai ramai itu sebenarnya terletak pada jenamanya iaitu HABHAL’S.

HABHAL’S adalah ringkasan nama pengusaha kicap yang terkenal di nusantara sebelum zaman kemerdekaan iaitu Haji Ahmad Bin Haji Abdul Latif.

Pada tahun 1945, Ahmad yang lahir di Tengkera (Melaka) namun membesar di Singapura itu membuat keputusan untuk membeli sos soya daripada seorang peniaga Cina. 

Ahmad kemudiannya mengolah bahan-bahan dan perisa tambahan kepada sos tersebut sebelum terciptanya sos kicap yang ada sekarang.

Selepas Ahmad meninggal dunia, perniagaannya diambil alih oleh anaknya, Zaini sebelum diteruskan oleh isterinya, Hajjah Sa’adiah binte Buyong.

Operasi kicap HABHAL’S ini dipindahkan ke Lorong Pemuda (Kampong Melayu Majidee, Johor) pada tahun 1981 di bawah syarikat Jalil Enterprise.

Pengasas Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd, Datuk Lambak kemudian mengambil alih perniagaan itu dari syarikat Jalil Enterprise pada tahun 1886.

Datuk Lambak memulakan operasi pengeluaran kicap HABHAL’S Cap Kipas Udang di Malaysia bertempat di Jalan Tahana, Johor sehingga kini.

Misteri ini dibongkarkan oleh pemilik akaun kumpulan Kisah Sejarah Melayu menerusi satu hantaran di laman Fecebook milik mereka.

Baca juga: Duit syiling RM1 lama kini bernilai RM10K, ada sekeping pun dah cukup