Malaysia ada patung ke-16 tertinggi di dunia, warganet terkejut, rupanya dekat Kelantan

Oleh MAISARAH AISYA

Negeri Kelantan selalunya terkenal disebabkan kawasan yang kurang pembangunan tinggi, menyebabkan ramai merasa selesa dan tenang tiap kali berkunjung ke negeri ini.

Kelantan juga terkenal sebagai serambi Makkah, ramai rakyat yang berkunjung ke negeri ini untuk mendalami ilmu agama.

Bagaimanapun ramai tak sedar bahawa ada satu patung Buddha besar juga terletak di negeri ini, lebih mengejutkan ia termasuk dalam 22 patung tetinggi di dunia.

Malah patung Buddha ini dikatakan lebih tinggi daripada patung Jesus yang ada di Rio de Janeiro.

Seorang pengguna aplikasi X, memuat naik hantaran mengenai patung Buddha tersebur, dia mengaku terkejut apabila mengetahui saiz sebenar patung itu.

“Hari ini saya mendapat tahu bahawa Wat Phothikyan Phutthaktham, patung Buddha di Kelantan lebih tinggi daripada Christ the Redeemer di Rio De Janeiro,” ujar pengguna X, @Elill.

Menurut The Vocket, gambar tersebut diambil dari klip vieo Youtube yang menyenaraikan 22 patung tertinggi di dunia.

Patung Buddha yang terletak di Kelantan disenaraikan sebagai patung ke-16 daripada 22 patung yang disenaraikan.

Klip itu turut menyenaraikan patung Statue of Unity di India sebagai patung tertinggi di dunia.

Manakala Spring Temple Buddha di China dan Lakyyun Sekkya di Myanmar sebagai antara tiga patung tertinggi dunia.

Warganet turut meninggalkan pelbagai komen mengenai patung tersebut, malah ada yang mengatakan patung di Batu Caves tertinggi di Malaysia.

“Ketepikan soal politik, saya percaya Kelantan menunjukkan contoh yang baik tentang toleransi dan integrasi pelbagai etnik dalam masyarakat.

“Dekat mana anda boleh melihat pakcik berkopiah berduyun-duyun di kopitiam Cina selepas solat Subuh awal pagi, tanpa sebarang syak wasangka?,” komen Asyraf.

“Bukan berdiri je, yang baring pun ada kat Kelantan,” tambah pengguna X.

“Jangan kita lupa tentang patung di Batu Caves. Tertinggi di Malaysia iaitu hampir 42 meter tinggi,” ujar Kerri.

Patung Buddha tersebut terletak di sebuah kuil yang terletak Kampung Balai, Bachok, Kelantan.

Ia lebih dikenali sebagai Wat Balai, Wat Dua Naga atau Kuil Naga kepada penduduk tempatan, kerana sepasang naga mengapit pintu masuk.

Difahamkan bahawa kuil ini telah mengalami revolusi binaan yang panjang sejak berpuluh tahun yang lalu.