Seorang pemuda tidak menyangka dirinya bakal menjadi jutawan ‘segera’ selepas membuat keputusan untuk memberi sedekah kepada orang gila.
Hanya menghulurkan sekeping wang bernot RM50, pemuda berkenaan tiba-tiba meraih keuntungan mencecah RM50,000 dalam masa sehari.
Berikut adalah perkongsian lelaki asal Tampin yang bekerja sebagai jurugambar perkahwinan:
Di Tampin semua orang mungkin kenal Samad. Samad boleh di kategorikan sebagai tidak normal, gila. Menari depan orang ramai memang hobi Samad.
Pau orang duit pun hobi dia. Nama sedap, Samad Khan. Gila selepas kemalangan. Dulu suka berjudi, tapi Allah sayang dan tarik nikmatnya. Ditakdirkan jadi gila.
Pada tahun 2011 kalau tak silap, aku sibuk dengan tugasan ambil gambar orang kahwin, ada sekali tu aku keluar rumah awal, jam 6.50 pagi.
Aku ke bank dan ternampak Samad masuk. Dia terus melulu pergi ke seorang pak cik berketayap, berkain pelekat dan berbaju melayu. Mungkin baru balik masjid.
Samad : Pak cik, nak dua ringgit
Pakcik : Kau tubuh badan sihat, kerjalah! Minta dekat orang pula! (dengan nada menengking)
Aku terus geram dan cakap, “pak cik, kalau tak nak bagi tak payah tengking. Kan orang tu gila, siapa nak ambil kerja!”, Aku hulur rm10 aku pun blah.
Nak dijadikan cerita, aku baru balik dari Kuala Lumpur dan minum di kedai mamak ini selepas sampai sahaja di Tampin. Datanglah Samad dengan jeritan “Orang kaya!”.
Aku minta Samad duduk, suruh dia makan supaya dia diam, kalau tak dia akan membebel. Sementara tunggu makanan, dia pun bersuara:
Samad : Abang, kau bagi den RM50, Insya-Allah, Tuhan makbulkan doakan kau dalam sekelip mata. Tiga hari lepas ada orang bagi RM50 dan hari ini dia terima kontrak perladangan.
“Jangan ugut aku mad!”, kataku walaupun duit tetap dihulurkan sebab Samad memang selalu dapat, kalau tak bagi rasa bersalah pada diri sendiri.
Samad : Kau nak apa bang? Aku doa tak ada hijab! (dia ugut aku lagi)
Aku pun beritahu apa yang aku nak. Memang ajaib. Kuasa Allah, siapa boleh tau.
Lepas aku bagi Samad RM50, aku terima panggilan. Doa samad didengari!
Sejak daripada hari itu, setiap hari pesanan memang banyak, sampai terputus stok. France, Taiwan, Dubai, UK, Hongkong, Thailand pun pukul sekali!
Bertapa besar nikmat sedekah, dan bertapa mulianya orang istimewa ini berbanding kita.
Baca juga: Rider selamba hantar makanan dekat kubur, warganet pula rasa seram sejuk