Ingatkan dekat luar negara je, rupanya Malaysia pun ada burung cantik macam ini!

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang jurugambar burung telah berjaya menarik perhatian ramai selepas memuat naik satu rakaman video di laman TikTok baru-baru ini.

Menerusi video yang berdurasi 26 saat itu, pemuda berkenaan terlihat sabar menanti di dalam khemah bersama kelengkapan kamera.

Rupa-rupanya, pemuda yang dikenali sebagai Hud Zaqwan itu sedang menanti saat yang tepat untuk mengambil gambar burung di Malaysia.

Berjaya menyita perhatian ramai, Hud turut berkongsi beberapa keping gambar binatang bersayap itu di dalam video yang sama.

Menurut Hud, gambar tersebut diambil ketika mengunjungi ke beberapa lokasi tumpuan burung di sekitar negeri Pahang dan juga Selangor.

Antaranya tempat yang dikunjungi Hud ialah Taman Negara Sungai Relau (Merapoh), Taman Botani Negara Shah Alam, Fraser’s Hill dan Hutan Lancang.

@hudzaqwan_

Ever since I have re-active in Birding Photograph since Feb 2023, these are the birds that i have shot using my Nikon Z7 II with Nikkor 200-500mm F5.6. Love our nature. Love our wildlife #birdingphotography #birds #wildlife #photographer #wildlifephotography #nature #naturephotography #photographerlife #trekking #fyp

♬ in this shirt – favsoundds

Tular di media sosial, rata-rata pengguna meluahkan kagum melihat keindahan alam yang berjaya dirakam Hud menggunakan lensa kameranya.

Malah, ada juga penonton yang tidak menyangka bahawa koleksi gambar burung indah dikongsi Hud itu sebenarnya diambil di negara ini.

“Wuish..seriuslah burung ini dekat Malaysia?,” kongsi seorang pengguna yang tidak percaya bahawa spesies secantik itu rupanya wujud di sini.

“Padu bang. Terbaikk, lawa-lawa gambar burung.” Kongsi pengguna lain yang kagum dengan kebolehan Hud merakam keindahan alam.

Mengambil gambar flora dan fauna sebagai hobi, Hud rupanya bergiat aktif di dalam bidang jurugambar perkahwinan secara profesional.

Hanya sejak bulan Februari tahun ini, Hud kembali merakam foto burung menggunakan kamera jenama Nikon miliknya untuk mengisi masa lapang.

Baca juga: Tempat paling berhantu! Ini 5 kawasan ‘keras’ di Malaysia