Sekeping gambar memaparkan sekumpulan penghantar makanan yang sedang beratur di sebuah kediaman tingkat 15 tular di media sosial, baru-baru ini.
Mana tidaknya, ramai tidak menyangka bahawa perniagaan makanan yang dijalankan dari rumah itu mampu meraih begitu banyak pesanan.
Walaubagaimanapun, perniagaan Ayam Kipuk Viral tersebut kini harus ditutup selepas diarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Difahamkan, arahan itu dikeluarkan setelah DBKL menerima aduan dari orang awam susulan perniagaan tersebut tular di pelbagai platform media sosial.
Perkara itu dimaklumkan oleh pemiliknya, Mawaddah Abu Bakar menerusi satu hantaran di kumpulan Facebook, B40 Buat Perangai Apa Harini.
Mengakui kesilapannya, Mawaddah mula berniaga dari rumah untuk menanggung ibu dan adik-adiknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).
Akibat laporan itu, Mawaddah harus menutup perniagaannya sebelum memutuskan untuk berpindah dari rumah tingkat 15 yang terletak di ibu kota.
Membawa ibu dan adik OKU pulang ke kampung, Mawaddah bertekad mahu menyambung perjuangannya di tempat yang lebih baik.
Bakal mengikut peraturan bagi menjalankan perniagaan secara sah, Mawaddah berhasrat untuk membuka sebuah rumah kedai tidak lama lagi.
“Akhirnya Ayam Kipuk Viral tumbang. DBKL datang cakap ada orang buat laporan selepas viral.
“Tapi mungkin ini ALLAH mahu mengajar saya erti kesabaran dan ketabahan atas dosa saya berniaga di rumah. Saya reda.
“Kami akan pindah Insya-Allah tempat yang lagi baik (shoplot atas tingkat 3). Saya akan suruh abang saya uruskan,” kata Mawaddah.
Di dalam postingan sama, Mawaddah sempat berterima kasih kepada rider, pelanggan dan juga jiran yang menyokongnya selama ini.
Baca juga: Ingatkan dekat luar negara je, rupanya Malaysia pun ada burung cantik macam ini!