Bukan Rosmah Mansur, ini wanita pertama yang berjaya memiliki hati Najib Razak

Oleh WAN SITI AMINAH

Satu rakaman yang pernah dikongsikan anak bekas perdana menteri, Najib Razak iaitu Datuk Mohd Nazifuddin Najib kembali tular di media sosial.

Menyita perhatian ramai, rakaman tersebut merakamkan pertemuan Nazifuddin bersama ibundanya, Yang Mulia Tengku Puteri Zainah binti Tengku Eskandar.

Pertemuan itu diadakan bertujuan untuk memohon restu wanita yang melahirkannya sebelum Nazifuddin masuk bertanding dalam arena politik.

Difahamkan, ketika video tersebut dirakam, lelaki yang lebih dikenali sebagai Nazif itu mahu menyertai pemilihan Naib Ketua Umno pada Mac lalu.

Tular di media sosial, video tersebut dikongsi oleh lelaki yang berusia 40 tahun itu menerusi satu hantaran di akaun TikTok miliknya, @nazifnajib13.

Mengundang perbincangan hangat, rata-rata pengguna memuji wajah isteri pertama Najib Razak yang kelihatan berseri meskipun sudah lanjut usia.

Ramai juga penonton berkongsi pendapat bahawa Puteri Zainah memiliki rupa paras yang saling tak tumpah dengan ibu mertuanya, arwah Tun Hajah Rahah.

@nazifnajib13

Bersama bonda saya petang semalam. Memang kebiasaannya dengan mummy la tempat saya mengadu dan mohon restu sebelum memulakan segala perkara. Tapi semalam mummy agak kekok bila depan kamera, mungkin sebab kami ni bukan pelakon professional kot☺️ Terima kasih mummy untuk segalanya, i love u… #LangkahWE #WhyNotNazif #TeguhBersama #NazifNajibForYouth #Nazif4NKPUM

♬ original sound – Nazif Najib – Nazif Najib

“Ya Allah terkejut tengok YM Tengku Puteri Zainah. Iras betul dengan arwah ibu mentua beliau, Allahyarhamah Tun Rahah,” kongsi seorang pengguna.

“Awet muda betul muka Tengku Puteri Zainah, nampak berseri.” Kata pengguna lain yang kagum melihat wajah ibu Nazif.

Tengku Puteri Zainah adalah wanita pertama yang berjaya memiliki hati Najib Razak sebelum ahli politik berkenaan mengenali Rosmah Mansur.

Kerabat diraja negeri Kelantan yang lebih dikenali sebagai Tengku Yie itu sempat mendampingi Najib selama 10 tahun sebelum diceraikan.

Hasil perkongsian hidup, Tengku Yie dan Najib dikurniakan tiga orang cahaya mata, iaitu Mohd Nizar, Puteri Norlisa, dan Mohd Nazifuddin.

Baca juga: Durian punya pasal, lelaki sanggup bayar RM200 ribu beli sebiji buah seberat 6.91KG