Anggaran kereta mampu milik bagi rakyat Malaysia terutama bujang dan keluarga adalah sekitar RM30,000 hingga RM70,000.
Ini kerana cukai jalan dan insurans akan berada pada kadar yang mampu untuk ditanggung iaitu sekitar RM400 hingga RM1,500 mengikut model kenderaan anda, nilai pasaran dan usia kenderaan.
Namun ramai tak tahu, sebenarnya ada 5 jenis kereta yang memiliki cukai jalan paling mahal di Malaysia. Mungkin sesetengah dari pembaca lebih dari mampu untuk menggunakan kenderaan ini, maka ia tidak akan jadi masalah.
Mari telusuri 5 jenis kereta yang memiliki cukai jalan paling mahal di Malaysia menurut laman Mekanika Malaysia.
1) Bugatti Chiron
Berada di tempat pertama senarai cukai jalan termahal adalah Bugatti Chiron. Dijual pada harga RM12.5 juta, setiap tahun pemilik kenderaan ini perlu membayar RM24,630 cukai jalan tidak termasuk insurans.
2) Rolls Royce Phantom
Menurut Mekanika Malaysia, Rolls Royce Phantom merupakan kenderaan yang tersangat mewah dan berprestij, biasanya digunakan oleh orang-orang kenamaan seperti kerabat diraja dan sebagainya.
Dijual pada harga sekitar RM6,013,200, cukai jalan bagi kereta diraja ini adalah RM19,000 setahun.
3) Rolls Royce Ghost
Rolls Royce Ghost adalah sebuah kereta yang agak jarang boleh dilihat di atas jalan raya di Malaysia.
Cukai jalan yang dikenakan ke atas kenderaan persendirian Rolls Royce Ghost adalah sekitar RM18,330 setahun.
4) Lamborghini Aventador
Dari segi reka bentuk, Lamborghini Aventador kemungkinan adalah yang paling menarik bagi peminat kereta.
Menurut Mekanika Malaysia, kereta ini dijual sekitar RM1.8 juta dan jika anda mampu membelinya, sudah tentu anda juga mampu untuk membayar RM17,880 setiap tahun bagi cukai jalan.
5) Ferrari 812 Superfast
Ferrari 812 Superfast merupakan kereta keluaran Ferrari yang paling berkuasa dan terpantas dalam sejarahnya.
Dengan harga jualan mencecah RM1.6 juta, jumlah cukai jalan yang perlu dibayar untuk pemilikan persendirian bagi Ferrari 812 Superfast adalah RM17,880.
Jadi bagi anda yang berkemampuan boleh la cuba membeli salah satu kereta di atas. Mana tahu rezeki anda untuk membelinya.
Baca juga: Bukan Rosmah Mansur, ini wanita pertama yang berjaya memiliki hati Najib Razak