Umum mengetahui, jenis pakaian yang berasaskan ‘jeans’ atau denim mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk bertukar menjadi lusuh.
Sama ada jeans tersebut sudah lama ataupun baru sahaja dibeli, keadaan ini tetap boleh berlaku sekiranya pakaian tersebut selalu digunakan.
Hal ini kerana, jeans yang sering digunakan bakal dibasuh dengan kerap sehingga menyebabkan warna kain tersebut luntur dengan cepat.
Sedar akan keadaan itu, seorang lelaki tampil berkongsi panduan untuk menghitamkan kembali pakaian atau baju yang berasaskan denim.
Kelihatan seperti jeans yang baharu sahaja dibeli, pembaca cuma perlu menyediakan dua bahan iaitu garam dan juga pewarna pakaian.
Perwarna pakaian atau lebih dikenali sebagai fabric dye ini boleh didapati di kedai peralatan seni ataupun platform pembelian atas talian.
- Sediakan perwarna pakaian atau fabric dye yang telah dibeli dan panaskan air.
- Tuang air panas ke dalam besen atau baldi.
- Masukkan satu paket pewarna pakaian bersama segenggam garam.
- Guna senduk untuk menggaul dua bahan tersebut sehingga sebati.
- Masukkan seluar atau baju jeans yang mahu anda hitamkan ke dalam baldi tersebut.
- Tunggu dalam masa 30 minit atau boleh ditinggalkan selama semalaman.
- Keluarkan dan bilas kain tersebut dengan air paip.
- Jiruskan air dan perah jeans yang telah direndam dengan berhati-hati (jangan terlalu kuat).
- Gantungkan di ampaian dan pastikan ia dijemur di bawah sinaran matahari.
- Tunggu sehingga kering.
Tular di media sosial, panduan tersebut dikongsikan oleh pemuda berkenaan menerusi satu hantaran di akaun TikTok miliknya.