Hanya tayang ketiak berbulu, wanita berjaya raih pendapatan lebih RM200,000 sebulan

Oleh WAN SITI AMINAH

Siapa sangka, dengan hanya bermodalkan tubuh badan yang berbulu, seorang wanita berjaya meraih pendapatan mencecah lebih RM200,000 sebulan.

Menjana pendapatan melalui sosial media, rata-rata pengikut mulanya mencadangkan agar wanita itu berhenti mencukur bulu badannya.

Sedar akan kewujudan manusia yang mempunyai ‘keinginan’ aneh, wanita itu mula memanfaatkan situasi tersebut untuk memperoleh keuntungan.

Berkongsi gambar badan berbulu terutamanya di ketiak, gadis yang dikenali sebagai Cherry itu menjadikan aktiviti berkenaan sebagai punca pendapatan.

Mereka yang berminat untuk melihat bulu badan Cherry perlu membuat bayaran antara £3,000 (RM17,367) sehingga £39,000 (RM225,781).

Selain memperoleh permintaan tinggi untuk berkongsi gambar, peminat juga sanggup membayar agar Cherry memuat naik video memaparkan bulu badannya.

Memetik laporan Daily Star, Cherry yang berasal dari Seattle, Amerika Syarikat (AS) itu memulakan ‘kerjaya’ aneh tersebut setelah hilang pekerjaan.

“Saya pernah kehilangan kerja dan betul-betul memerlukan wang. Tidak lama selepas itu, saya sedar wujud nafsu pelik dalam kalangan manusia.

“Pelbagai permintaan pelik yang saya terima dari pelanggan, ramai yang menyatakan hasrat mahu menyentuh bulu ketiak saya.

“Mereka juga meminta saya merakam (bulu ketiak) daripada ‘angle’ tertentu dan memberi perkembangan mengenai pertumbuhan bulu,” katanya.

Tangkap layar ketika Cherry menayang ketiaknya yang berbulu

Cherry yang menggelarkan dirinya sebagai gadis berbulu itu mengakui menyesal pernah mencukur bulu yang tumbuh di badannya.

Menyifatkan bercukur sebagai rutin yang mengerikan, Cherry kini berbangga dapat mempamerkan bulunya untuk tatapan peminat.

Wanita berkenaan telah membuat keputusan untuk berhenti mencukur tanpa menghiraukan pendapat umum mengenai dirinya.

Cherry turut bersyukur kerana memiliki teman lelaki yang ikhlas mencintai dan memahami kehendak kerjayanya.

Baca juga: Siap turun padang jumpa Jokowi, Indonesia ‘meroyan’ Tesla pilih melabur di Malaysia