ND Lala bergegas tinggalkan majlis nikah Shila Amzah gara-gara tak nak dikejar wartawan

Oleh KIM SYAZIE

Selepas selesai akad, penyanyi terkenal era 1980-an, Datuk ND Lala didakwa meninggalkan pekarangan majlis perkahwinan anaknya, Shila Amzah tanpa menunggu sehingga majlis selesai.

Sebelum acara akad nikah, ND Lala atau nama asalnya Amir Amzah Salleh lengkap berpakaian baju Melayu putih hadir bagi menjadi wali kepada anak sulungnya.

Difahamkan, tindakan pelantun lagu Buah Hati Di Kebas Orang itu segera meninggalkan majlis adalah bagi mengelak daripada diwawancara pihak media, lapor Kosmo!.

ND Lala juga tidak menyertai sesi fotografi keluarga.Bagaimanapun, isterinya, Fauziah Sarman enggan ditemu bual pihak media.

Pada pagi tadi, anaknya yang juga merupakan penyanyi iaitu Shila Amzah selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Ubai dengan sekali lafaz di Boathouse, Ampang.

Sebelum ini, semasa majlis pertunangan Shila, ND Lala turut hadir sekaligus memberikan bayangan kemelut dalaman keluarga semakin pulih.

Dakwaan rumah tangga penyanyi berusia 62 tahun itu bergolak apabila isterinya, Fauziah Sarman mula berkongsi gambar seorang wanita, siti Munirah Abd. Ghani didakwa sebagai madunya, sekali gus seperti mengesahkan gosip suaminya itu beristeri muda.

Spekulasi rumah tangga ND Lala dan Fauziah semakin memburuk adalah apabila wanita terbabit muncul di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 3 April lalu.

Begitupun, Syada (adik Shila Amzah) menafikan ibunya ke mahkamah bagi menuntut cerai.

Shila sendiri meminta keluarga mereka diberikan ruang dalam menghadapi isu tersebut.

Baca juga: Ceraikan bini sebab naik berat, lelaki menyesal lepas tahu bekas isteri meninggal sebab ‘obses’ nak kurus