Hanya kerana luah isu bekalan air, orang Kelantan nak boikot Syahmi Syazli dan isteri?

Oleh MAISARAH AISYA

Isu bekalan air di Kelantan bukanlah sesuatu perkara baru namun jika sudah tiga dekad diuruskan kerajaan negeri yang sama, seharusnya ada penambahbaikan buat rakyat.

Malah isu ini kerap dimainkan bukan sahaja menjelang Pilihan Raya Negeri mahupun Pilihan Raya Umum.

Dek kerana membangkitkan isu tersebut di media sosial, isteri kepada YouTuber terkenal Syahmi Sazli iaitu Anissa Faizul memohon maaf secara terbuka.

Permohonan maaf itu menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berhubung luahannya mengenai isu bekalan air di Kelantan kelmarin.

Malah ada orang Kelantan yang mahu memboikot pasangan tersebut kerana bersuara mengenai hak mereka.

Anissa atau lebih dikenali sebagai Nissa bagaimanapun reda sekiranya ada pihak di luar sana bertindak memboikot perniagaannya dan suami ekoran teguran terbuka yang dibuatnya sebagai rakyat negeri itu.

“Nissa minta maaf tentang isu Nissa bersuara haritu (kelmarin) menyebabkan ada pihak kurang senang.

“Yang mana komen nak boikot bisnes Nissa dan Syahmi, Nissa reda sahaja. Setiap pilihan yang dibuat pasti ada risikonya,” luahnya dalam hantaran di Facebook.

Walaupun ramai memilih untuk boikot, Nissa berterima kasih kepada mereka yang setia menyokong dirinya dan suami.

“Bagi yang beri kata semangat dan terus sokong Nissa dan Syahmi, Nissa ucapkan terima kasih banyak-banyak.

“Semoga urusan korang (anda) semua dipermudahkan,” tambahnya.

Sebelum ini Anissa memuat naik hantaran meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan masalah air di Kelantan yang masih tidak selesai.

Luahnya, air merupakan keperluan penting buat semua orang bagi melakukan sebarang aktiviti harian terutama mengambil wuduk untuk mengerjakan solat.

Jika isu air baru berlaku maka rakyat tidak terlalu marah namun benda sama dah berulang berpuluh tahun, adakah penduduk negeri ini tidak layak mendapat hak untuk minta air bersih dari kerajaan negeri.

Baca juga: ND Lala bergegas tinggalkan majlis nikah Shila Amzah gara-gara tak nak dikejar wartawan