Tempat mengemis pun nak berebut? Pengemis berpurdah kantoi merokok sambil kira duit

Oleh MAISARAH AISYA

Semakin banyak warga asing yang masuk ke Malaysia, bukan untuk mencari rezeki halal tapi demi mendapatkan duit mudah dengan menjadi pengemis.

Jika dilihat di jalanan sekitar Kuala Lumpur, dapat dilihat pelbagai jenis ragam manusia yang mengemis, tidak kira lelaki, wanita, tua atau muda.

Tular video rakaman di media sosial mengenai sekumpulan warga asing yang dipercayai sindiket peminta sedekah sedang bergaduh.

Kejadian tersebut berlaku di sekitar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada awal bulan lepas lapor Majoriti.

Pergaduhan di antara pengemis berpurdah adalah disebabkan perebutan kawasan untuk meminta sedekah.

Lebih mengejutkan, beberapa individu terbabit kemudiannya dilihat sedang mengira duit dipercayai hasil kutipan di kawasan terbabit sambil merokok.

Menggunakan bahasa pertuturan asing, salah seorang daripada mereka dilihat turut membawa anak bersama ketika kejadian.

Rata-rata warganet mengharapkan pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam membanteras sindiket peminta sedekah.

“Tolonglah ambil tindakan tegas pada warga asing yang mengambil kesempatan ini.

“Kenapa tak tangkap dan hantar dekat kedutaan, kemudian hantar balik dekat negara sendiri. Kita pula nak kena hadap perangai mereka.

“Masalahnya orang kita (rakyat Malaysia) ini baik tak bertempat, sebab itu mereka boleh hidup begini,” antara komen warganet.

Baca juga: 5 kereta dengan reka bentuk paling ‘unik’ di Malaysia, no 4 selalu nampak dekat sekolah