Tular video seorang wanita yang mempertahan mengapa telur dadar di kedainya dijual pada harga RM13.
Malah netizen juga tidak kurang pedasnya meninggalkan komen di media sosial wanita tersebut.
Walaupun sudah memuat naik video menjelaskan mengenai mengapa menu tersebut sedikit mahal masih ada netizen yang tetap tidak berpuas hati.
Pada Selasa lalu, wanita tersebut memuat naik hantaran di Facebook, Dania Sedek untuk memaklumkan bahawa menu telurnya terjual sebanyak 200 pesanan.
“200 Set Telur habis dijual hari inii. Terima Kasih Allah Ya Allah, rezeki semua Pejuang Niase
“Semoga Asbab Thai Omelette Niase, menjadi punca rezeki peniaga lain. Terutama peniaga yang mengutuk mengejek &dan menganjing buat video.
“Semoga Allah Limpahkan kalian dengan rezeki meluak-luak. Amin Ya Allah.
“Saya tak marah. Saya cume kasihan sebab tak tentu hala dah sayu Malaysia dek kerana TELOQ NIASE,” ujarnya dalam hantaran tersebut.
Kebanyakan pengguna Facebook menyokong wanita tersebut dan mempersoal mengapa ada yang masih nak beli sedangkan tahu harga mahal.
“Sifir dia mudah, rasa mahal, jangan beli. Dia buat dan jual, kalau ada yang mampu maka belilalah kalau rasa mahal boleh buat sendiri di rumah.
“Dia macam ni tahu. Ada duit kau makan, tak ada duit jangan nak melalak mahal ke apa. Disebabkan kau tak ada duitlah yang buat kau rasa benda tu mahal.
“Makan kat Parathai, omelette (telur dadar) dia RM30++ kot. Tapi terpulanglah, ukur baju di badan sendiri. Jangan hanya tahu kecam,” antara komen pengguna Facebook.
Kadang-kadang bahan yang digunakan serta lokasi memainkan peranan penting dalam harga makan di kedai. Jadi pengguna yang bijak, kalau mahal carilah kedai lain.
Baca juga: Tolak bayaran secaran ansuran, juara GV4 nak lelong tanah dimenanginya