Gelagat usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu menarik perhatian netizen selepas berkongsi berkenaan bayi mereka yang mandi menggunakan air mineral khas.
Madammu berkata, itu semua gara-gara suaminya, Muhammad Azri Che Noh yang memanjakan anak mereka sehingga sanggup membeli berbotol air mineral untuk dijadikan air mandian bayi mereka.
Menerusi perkongsian di TikTok, Madammu menunjukkan video pembantunya yang sedang mencampurkan air panas bersama air mineral ke dalam bekas mandian bayi.
“Ini bukan kerja mummy, ini kerja papa. Kayden balik kampung tak bagi mandi air paip… Air mineral dia beli. Over kan papa dia. Mummy dulu mandi air telaga saja,” tulisnya.
Meskipun terhibur dengan tindakan suaminya itu, namun Madammu berkata itu adalah salah satu cara suaminya meluahkan kasih sayang terhadap anak mereka.
Terdahulu, Madammu selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 9 Jun lalu, di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio