Siapa sangka, kunjungan ke pasar raya untuk membeli barang keperluan boleh bertukar menjadi ‘tragedi’ sekelip mata buat seorang wanita.
Mana tidaknya, wanita yang dikenali sebagai Sarie itu menjadi saksi pertelingkahan besar antara pasangan suami isteri di sebuah pasar raya tempatan.
Seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku di depan matanya, Sarie sebelum ini hanya berpeluang untuk melihat kejadian seperti itu di hadapan kaca televisyen.
Menceritakan kembali kejadian tersebut, Sarie memutuskan untuk memuat naik perkongsiannya itu menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya.
Kejadian itu bermula ketika Sarie sedang mencari barang yang mahu dibelinya di pasar raya sebelum berhenti dan berdiri di belakang seorang wanita mengandung.
Menurut Sarie, wanita yang sedang sarat mengandung itu sedang mendukung bayi dan sebelah lagi tangannya memimpin seorang budak kecil dipercayai anaknya.
Tidak mampu mengendalikan anak sambil membeli barang, ibu mengandung itu meminta suami yang berlenggang untuk menjaga anak kecil yang dipimpinya itu.
Memandangkan permintaannya dipandang sepi, ibu itu mencadangkan pula suaminya untuk mengambil bayi mereka dengan harapan bebannya dapat dikurangkan.
Bukannya bertindak untuk menghulur bantuan, permintaan wanita mengandung itu malah disambut dingin oleh suaminya dengan kata-kata kasar dan tengkingan.
“Oii gemuk, kau jangan nak panggil aku sayang kat sini ya. Geli aku dengar, kalaulah aku tahu kau boleh jadi gemuk macam ni lepas kahwin.
“Memang aku takkan kahwin dengan kaulah, menyusahkan aku sahaja,” tengking lelaki itu kepada isterinya sambil diperhatikan oleh pengunjung pasar raya.
Ibu mengandung itu terus bertindak membawa anak-anaknya untuk keluar dari pasar raya tersebut selepas merasa malu apabila semua orang memandangnya.
“Aku ingatkan dalam drama pukul tujuh je, sedih sungguh bila teringatkan reaksi isterinya itu,” kesal Sarie.
Tidak mengetahui apakah nasib ibu mengandung tersebut, Sarie akui kejadian yang terjadi di pasar raya itu begitu meninggalkan kesan cukup besar kepada dirinya.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio