Masih ada yang sanggup meminjam wang daripada kenalan dan bukannya bekerja keras untuk mendapatkan kemahuan sendiri.
Mereka ini pada akhirnya akan menjadikan ia satu habit kerana tahu lebih senang ‘meminjam’ daripada berusaha dengan bersunggu-sungguh.
Malah orang terkaya di dunia juga boleh pokai kalau ada sahaja yang meminjam setiap hari daripada mereka.
Selebriti terkenal Indonesia, Raffi Ahmad turut mengalami nasib sama dan kadang kala bingung apabila rakannya merayu meminta bantuan kewangan daripadanya.
Walaupun penyanyi tersebut adalah di antara selebriti terkaya di negaranya, dia juga tidak mampu untuk membantu semua rakannya.
Menurut Kosmo, Raffi juga memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan permintaan semua orang berikutan pendapatannya juga terbatas.
“Ramai yang mesej peribadi minta bantuan, maaf kerana bukan aku tidak mahu bantu tapi pendapatan aku juga terbatas.
“Sekali lagi aku beritahu, namanya juga bantu jadi jika ada duit lebih kita akan bantu. Kadang-kadang ada yang WhatApps nak pinjam duit ketika itu ada lebihan jadi saya bagi.
“Tapi ada juga ketika saya tidak dapat beri. Ada juga kenalan yang lama tak bertemu datang rumah nak pinjam duit.
“Insya-Allah saya hanya bantu yang termampu tapi tidak semua,” ujarnya.
Tidak kiralah sesukar mana kita berusaha untuk mencari rezeki lebih, sebolehnya elakkan budaya meminjam kerana bimbang akan merasa lebih terbeban.
Baca juga: Akhirnya terungkai siapa pemilik sebenar nombor plat A1, bukan lagi milik British tapi Sultan kita