Orang ramai perlu lebih peka dengan keadaan sekeliling dan tidak mementingkan diri demi kesenangan satu pihak sahaja.
Tidak berpuas hari dengan kerete yang diparkir secara haram di laluan pejalan kaki, seorang lelaki di Taiwan nekad merosakkan kenderaan tersebut.
Menurut Thaiger, kejadian tersebut menyebabkan pergaduhan kepada dua individu tersebut sebelum laporan polis dibuat.
Zai Shiu, dilaporkan meletakkan kereta Mazda hitam miliknya di kaki lima Jalan Yanji di daerah Ta’an, Taipei pada 13 September lalu.
Shiu juga tidak memperdulikan papan tanda lalu lintas atau ruangan buat pejalan kaki yang terganggu akibat tindakannya.
Kebetulan pejalan kaki, Zai Ho turut melalui kawasan tersebut dan berang dengan tindakan Shiu, dmula dengan hanya bersemuka dan tercetus pergaduhan.
Disebabkan hilang sabar, Ho memijak bonet hadapan kereta Shiu, berjalan di atas bumbung dan turun melalui but.
Tindakan Ho mengakibat kerosakan pada cermin hadapan kereta Shiu. Lelaki itu kemudian membuat laporan polis.
Sejurus polis tiba, Shiu didapati bersalah kerana meletak kenderaan di laluan pejalan kaki sementara menunggu teman wanitanya membeli makanan.
Kedua-dua pihak bagaimanapun enggan mengalah dan memutuskan untuk menyaman satu sama lain.