“Aku selalu mengeluh sebab gaji suami sedikit, dia sampai menangis sebab kesiankan aku kerja kuat, bila suami meninggal, barulah aku sedar…”

Oleh MAISARAH AISYA

Sebagai pasangan yang ingin berkahwin, anda haruslah sedar tanggungjawab menguruskan rumah tangga terletak kepada kedua-dua suami isteri.

Seorang wanita meluahkan rasa bagaimana hidupnya berubah sepenuh selepas kehilangan suami tersayang.

“Nama saya Linda (bukn nama sebenar) umur 33 tahun, kisahnya bermula bila saya kahwin dengan suami sebaik sahaja tamat belajar.

Suami tua tujuh tahun daripada saya dan hanya belajar setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja jadi tangga gajinya hanya RM1,800.

Sepanjang 10 tahun kami melayari bahtera rumah tangga, kami diduga dengan tiga kali saya keguguran, memang kami sedih tapi kami reda.

Saya seorang jurutera dengan gaji RM8k sebulan. Saya beli tiga buah rumah dan dua buah kereta.

Semua pakai nama dan duit saya tapi apa yang menjadi perbalahan dalam rumah tangga saya bila adik ipar mula berdengki dengan saya.

Sebab jenis suami saya ni dia tak nak keluarga dia nampak dia susah sebab mak dia dah tua dia tak nak mak dia risaukan dia yang merantau jauh dikota ni.

Saya memang tak boleh ada dengan keluarga dia sebab depan saya lain, belakang saya lain. Bila mengadu dengan suami, dia akan jadi serba salah.

Saya pun akan merajuk, jadi suami akan serba salah antara keluarga dengan bini dan saya diamkan sahaja keadaan tu berlalu pergi setiap kali balik kampung suami.

Perbelanjaan rumah, kereta, insurans rumah dan utiliti smua saya bayar, sebab saya cakap dengan suami gaji dia biar dia guna untuk dia jer.

Tak payah bagi saya lagipun dia ada bela kucing peneman dia bila saya kerja jadi gaji dia hanya untuk minyak kereta dia, maintanance dia dan makanan kucing sebab kerja saya sibuk dan tak tentu masa..

Saya kerja sepenuh jiwa penat pun saya pergi kerja dari pagi sampai malam kadang2 balik tengah malam.

Pagi-pagi dah keluar pergi keje balik sebab saya cakap saya nak kukuhkan hidup saya sebelum umur 40 tahun.

Suami saya tetap sokong saya walaupun balik lewat, dia pergi pejabat saya, tunggu dia beli makan kat saya hantar kat pejabat, dah balik rumah dia siap bungkus makan kat saya.

Saya tak minta dia siapkan tu semua sebab dia suami saya, lagipun kalau cuti memang saya penat macam mana pun saya tetap akan masak untuk dia sebab saya suka tengok dia makan masakan saya.

Saya yang patut laynan dia tapi dia hanya balas macam ni sahaja, sebab dia hanya mampu tolong saya, saya nangis saya cakap saya sayang sangat kat dia.

Dia suami yang baik bertanggungjawab walaupun gaduh saya tetap sayangkan dia sepenuh hati saya.

Dia pun nangis dia cakap dia kesian tengok saya kerja penat siang malam patutnya dia yang kerja macam saya tapi dia belajar takat SPM, saya cakap tak perlu sebab rezeki Allah kite tak tau macam mana, bumi Allah luas.

Satu hari ni dia cakap dia nak makan nak ambil dan hantar saya pergi kerja saya pelik dan saya pun suka tak payah drive sendiri, haritu kita orang memang gembira dan masuk tidur sekali.

Tapi tengah kita orang tidur saya tersedar yang dia macam batuk, saya paggil dia tak menyahut saya bukak lampu tengok suami tak sedarkan diri.

Saya call ambulan bawa pergi hospital tapi doktor cakap suami saya dah tak ada. Ya Allah hanya kau yang maha berkuasa.

Gelap dunia saya masa tu apa pun saya tak nampak, empat jam sebelum tu kita orang gelak dan happy, kini dia tinggalkn saya dan pergi tak akan kembali.

Saya teringat dia tanpa henti, saya teringat kita orang selalu gaduh pasal duit sebab saya kerje penat semua saya bayar tapi suami diam.

Sekarang ni dia tinggalkan saya dengan insurans RM93k, KWSP RM148k dan perkeso bulanan RM1320.

Ditambah lagi dengan gaji bulanan saya dengan semua duit rumah yang saya sewakan.

Setiap bulan hidup saya seorang sahaja saya dapat hampir RM14k masuk akaun bank saya, tapi hidup saya macam ni tak bahgia, kosong.

Saya tak boleh nak pergi kerja saya minta cuti setahun.. hidup saya totally lost bila arwah pergi bawa sayang dan rindu saya pada dia yang tak akan pernah habis.

Orang boleh la cakap boleh kahwin lain, korang ingat senang ke? Arwah suami saya lelaki paling baik saya pernah jumpa dalam hidup saya.

Nasihat saya pada isteri yang masih ada suami, sayangi lah suami anda sebaik mungkin. Saya menyesal sebab saya sibuk berkerja untuk kukuhkan hidup kami dulu.

Hormatlah pada suami kita, duit boleh dicari, kasih sayang tiada ganti, jaga makan pakainya, kepaada keluarga belah arwah suami… puaskah hati korang sekarang?

Tak payah dah korang letak suami aku dalam keadaan bersalah antara keluarga dan bini? Tak guna dah kau minta ampun kat aku masa arwah baru dikebumikn.

Arwah dah tak ada, arwah pergi dengan baik hari baik di hari Jumaat yang mulia. Sebab tuhan tak nak dia derhaka jadi tuhan ambil dia dulu.

Baca juga: Duit banyak sangat, suami beri Eina Azman 4 biji iPhone 15 – “Lebih tak tahu nak buat apa”