Siapa sahaja tidak pernah mendengar nama Michael Jackson, baik mereka yang berusia atau muda pastinya tahu tarian moonwalk.
Mendiang mengenakan topi fedora hitam tersebut semasa persembahan tarian moonwalk pada tahun 80-an.
Topi tersebut kini dilelong oleh rumah lelongan Hotel Drouot pada harga 77,640 euro (kira-kira RM386,100).
Topi tersebut dianggarkan bernilai 60,000 euro (kira-kira RM298,377) hingga 100,000 euro (kira-kira RM497, 319) dan ini dianggap kemuncak lelongan melibatkan kira-kira 200 memorabilia rock.
Walaupun terasa seperti sudah mahal, bagaimanapun harga tertinggi adalah milik gitar ahli legenda blues T-Bone Walker iaitu mencecah 129,400 euro (kira-kira RM643,530).
MJ mengenakan topi tersebut semasa persembahan lagu popularnya, Billie Jean ketika konsert Motown yang ditayangkan di televisyen pada 1983.
Beliau kemudian mempamerkan tarian moonwalk iaitu gerakan ke belakang kelihatan tanpa usaha sambil kelihatan berjalan ke hadapan yang sinonim dengannya.
Penganjur bersama Lemon Auction membuat kejutan tahun lalu dengan penjualan gitar yang dipecahkan oleh Noel Gallagher.
Kejadian berlaku pada malam kumpulan Oasis, berpisah di bandar ini. Ia berikutan berikutan pergaduhan dengan adiknya Liam.
Alat muzik itu kemudian berjaya dijual pada harga 385,500 euro (kira-kira RM1.9 juta).
Bulan ini, satu siri lelongan untuk barangan kepunyaan Freddie Mercury termasuk piano yang digunakan untuk menggubah lagu Bohemian Rhapsody.
Terjualnya barangan tersebut mendatangkan hasil 46.5 juta euro (kira-kira RM231 juta) untuk rumah lelongan, Sotheby’s, dan menarik pembida dari 76 negara.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio