Muka lelaki bengkak lepas korek hidung? Rupanya ini sebenarnya yang terjadi

Oleh WAN SITI AMINAH

Siapa sangka, tabiat mengorek hidung secara berlebihan rupanya boleh memberi kesan yang berbahaya kepada kesihatan tubuh badan manusia.

Itulah kenyataan yang dihadapi oleh lelaki berusia 33 tahun apabila akhirnya menerima pengajaran setelah mukanya membengkak parah akibat sering mengorek hidung.

Pada mulanya, lelaki yang dikenali sebagai Zeng itu mendapatkan rawatan di pusat perubatan komuniti selepas mengalami keradangan kecil pada hidung dan pipinya.

Kakitangan perubatan yang bertugas di pusat tersebut mensyaki Zeng mengalami keradangan tonsillitis berikutan hidung dan pipinya bertukar ke warna merah jambu.

Tidak lama kemudian, muka Zeng tiba-tiba membengkak dengan ketara sehingga dirinya merasa amat sakit selain kulit pada wajahnya juga mula mengggelupas teruk.

Keadaan sangat membimbangkan itu memaksa Zeng untuk segera mendapatkan bantuan dan rawatan lanjut daripada pakar perubatan yang bertugas di hospital.

Pakar perubatan kemudian mengesahkan Zeng menghidap Erysipelas iaitu jangkitan bakteria pada kulit yang membawa kepada komplikasi berbahaya jika tidak dirawat.

Difahamkan, tabiat Zeng yang gemar mengorek hidung telah merosakkan lapisan kulit hidungnya dengan teruk hingga berlakunya ‘open wounds’ atau luka terbuka.

Oleh kerana Zeng menghidap tekanan darah tinggi dan sembelit, badannya tidak dapat menyingkirkan toksin sehingga menyebabkan jangkitan bakteria pada luka itu.

Memetik laporan The Thaiger, bengkak pada muka lelaki asal China itu kembali surut selepas tujuh hari rawatan intensif menggabungkan perubatan Barat dan tradisional Cina.

Bagi menghilangkan kesan merah pada muka, Zeng turut mendapatkan rawatan lanjut di klinik yang menawarkan servis Fototerapi atau prosedur terapi cahaya.

Baca juga: Tiada lagi TikTok Shop di Indonesia, tak sangka ini punca negara seberang larang jual beli di TikTok