Mungkin kekurangan wang menjadi penyebab seorang pelajar sekolah rendah membawa ulat sagu sebagai lauk bekalnya.
Pada awalnya wajah pelajar tersebut dilihat riang gembira menunjukkan bekal tersebut namun selepas diejek gurunya, jelas terlihat riak muka berubah.
Menurut Suara.com, kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah rendah di Bojonegoro, Jawa Timur.
Video mengenainya dimuat naik dalam akaun Instagram @pokilogy, namun tinjauan mendapati akaun tersebut sudah dipadam.
Video berdurasi 29 saat itu kemudian menjadi viral di pelbagai platform media sosial.
Walaupun video itu telah dipadamkan, ia telah pun dikongsi oleh banyak akaun media sosial yang lain.
Seorang pelajar lelaki membuka bekal waktu rehatnya di hadapan seorang guru lelaki sambil diperhatikan rakan-rakan di dalam kelas.
“Ulat ni! Ulat? Tahun 2023 tapi kenapa lauk masih ulat?” kata guru lelaki tersebut kepada pelajar berkenaan yang hanya membalas dengan senyuman.
Kedengaran beberapa pelajar lain mentertawakan budak lelaki itu.
“Tidak mengapa, ini (ulat) protein banyak,” jawab seorang lagi guru.
Netizen tertanya-tanya apa salahnya memakan ulat sagu, lebih-lebih lagi ia merupakan bahan makanan tempatan yang diketahui mempunyai banyak khasiat.
“Macam mana cikgu-cikgu boleh mengejek situasi anak murid ini. Daripada beri ilmu atau sokong, tapi pilih untuk membuli.
Nampaknya mereka yang bergelar guru sekarang memang orang yang tidak dapat kerja kat mana-mana kan? Bukan orang yang niat nak bina pendidikan kan?”, komen pengguna media sosial.
Sekurang-kurangnya ibu bapa sudah mencuba sebaik mungkin untuk menyediakan bekal buat si anak dan tidak membiarkan dia kelaparan.
Baca juga: Dikecam kerana tak bertanggungjawab sebagai bapa, ND Lala akhirnya bersuara