Pempengaruh media sosial, Syamimia sebelum ini menjadi sasaran kecaman warganet gara-gara menggunakan peti ais berjenama mewah, sedangkan dia hanya mendiami Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Bagaimanapun, Syamimia dalam satu temubual bulan lalu, mendedahkan bahawa peti ais jenama SMEG yang menjadi bualan pengikutnya bukanlah peti ais original yang berharga puluhan ribu ringgit.
Pempengaruh itu mengaku dia hanya menempah khas pembalut serta logo jenama mewah, SMEG semata-mata untuk dipasang pada peti ais di rumahnya.
“Itu sebenarnya bukan peti ais SMEG, bila orang terlampau suka bercakap tentang kehidupan orang, buat spekulasi sebab itu saya ‘cool’ sahaja, itu bukan SMEG.
“Saya beli peti ais itu jenama tempatan yang dibeli pada 2021 lagi, lepas itu kita kreatif, orang otak seni ini kreatif dan saya cuba dapatkan pereka tempatan dan minta dia buat ‘emblem’ SMEG dan saya ukur betul-betul supaya nampak sama macam SMEG yang sebenar,” dedahnya.
Pendedahan wanita itu ternyata mendapat kecaman ramai apabila rata-ratanya menyifatkan dirinya sebagai seorang yang mengejar populariti.
Malah tidak kurang melabel Syamimia sebagai ‘fake’.
“Viral sebab duduk PPR. pakai peti ais SMEG. Rupanya beli peti ais lain tampal jenama SMEG. Makin viral la nampaknya kes dia ni,” kata seorang pengguna.
“Sebab itu jangan mudah percaya sangat influencer ini. Banyak yang tipu dari betul. Sama la tang tunjuk duit kepuk-kepuk sebenarnya gambar ‘google’,” perli pengguna lai
Terdahulu, Syamimia menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial apabila menerima kecaman hebat netizen kerana menggunakan perabot serta barangan berjenama mewah walaupun menetap di sebuah flat PPR.
Baca juga: “Suami bagi kunci rumah pada mentua, sekarang aku nak ke tandas pun tak senang”