Senduk kayu hitam berkerak pun boleh bersih macam baru beli, tak perlu letak apa-apa, panaskan air sahaja

Oleh KIM SYAZIE

Senduk kayu atau sudu kayu antara perkakas dapur yang sering digunakan suri rumah sejak penggunaan kuali anti-lekat mula digunakan secara meluas.

Namun seperti kebiasaan, ramai yang tidak mengambil berat soal kebersihan senduk kayu apatah lagi kebanyakan perkakas kayu ini biasanya memiliki rekahan yang menyebabkan kotoran boleh melekat dan sukar dicuci.

Begitu pun seorang pengguna TikTok berkongsi cara berkesan untuk memastikan senduk kayu yang hitam berlumut boleh dibersihkan seperti baru sahaja dibeli. 

Mungkin selama ini, kita beranggapan bahawa senduk kayu boleh dibersihkan menggunakan cecair pencuci pinggan.

Namun tanggapan tersebut semuanya salah. Awang Dapur (@awangdapur) berkongsi cara mencuci senduk kayu dengan bersih.

Caranya pun sangat mudah dan tidak rumit, tetapi kesannya boleh dilihat sangat jelas.

Anda hanya perlu merebus air bersih dan meletakkan senduk kayu di dalamnya selama lima minit.

Selepas lima minit, anda boleh mengangkat senduk kayu berkenaan dan membilasnya. Selepas berbuat demikian, anda boleh mendapati air rebusan senduk terbabit betul-betul mengejutkan.

Air rebusan tersebut sudah tidak lagi berwarna jernih dan berwarna sedikit kekuningan. Selain itu, ada kesan minyak yang terapung-apung pada permukaan air rebusan.

Nampak kan, senduk kayu yang digunakan di rumah tidak sebersih disangka. Lakukan tips ini bagi memastikan kebersihan kulinari dan kesihatan anda terjaga.

Baca juga: Demi dapatkan harta pusaka, lelaki tergamak ‘culik’ ibu hantar ke hospital sakit jiwa