Pelakon, Azri Iskandar mendedahkan bahawa hubungannya dengan wanita yang dikenali sebagai Dr Azra kini semakin renggang.
Menurut lelaki berusia 55 tahun itu, hubungan dengan tunangnya mulai renggang selepas lebih setahun mereka berdua tidak bersua muka dan jarang berhubungan.
Oleh yang demikian, majlis perkahwinan yang dirancang berlangsung pada hujung tahun lalu itu tidak dapat diteruskan selagi hubungan pasangan itu tidak diperbaiki.
Pemilik nama sebenar Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar itu bagaimanapun mengaku masih menyimpan niat untuk memperbetulkan semula keadaan bersama Dr Azra.
Menurut Azri, hubungan mereka berdua perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum keluar daripada alam pertunangan untuk ke jinjang pelaminan, lapor Mstar.
“Sudah setahun lebih tidak jumpa dia. Saya rasa biar sahajalah begitu. Berhubung pun macam mahu tidak mahu sekarang. Dulu hari-hari, sekarang sudah tidak lagi.
“Saya dengan dia sudah mula renggang, saya nak betulkan balik keadaan. Saya nak pastikan dulu hubungan kami macam mana. Baru cakap yang seterusnya (menikah).
“Kami ada potensi nak berbaik. Saya tidak bergaduh dengan dia. Cuma kami jarang berjumpa, itu jadi renggang,” kata bekas suami Ellie Suriaty itu memetik laporan Mstar.
Akui pelakon berstatus duda itu, tunangnya yang berusia 44 tahun tersebut sudah lama tidak meluangkan masa bersama untuk berjumpa kerana kesibukkan kerja.
Pada masa yang sama, emosi Azri sedikit terganggu akibat dituduh gila kerana merahsiakan wajah tunangnya sehingga Ellie dan anak-anak memintanya mencari kekasih baru.
“Saya memang rasa tergangggu apabila teman wanita tidak mahu dedahkan dirinya. Anak-anak bahkan bekas isteri suruh cari wanita lain. Ellie pun tak suka, anggap dia scammer.
“Sekarang saya sedang mengenali beberapa wanita. Wanita lain yang saya sedang kenali ini ada yang dalam industri (hiburan) dan ada juga yang bukan.
“Hari itu saya ada keluar dengan seseorang. Anak-anak setuju saya jadikan dia teman hidup. Mereka tidak mahu Dr Azra sebab anggap dia scammer.” Ujar Azri lagi.
Terdahulu pada 29 Jun tahun lalu, Azri mendedahkan dia sudah bertunang dengan penulis skrip dikenali sebagai Dr Azra Diera di kediaman wanita itu di Kangar, Perlis.
Baca juga: “Publisiti tetap publisiti” – Siti Hariesa akui ‘babak panas’ jual nama, enggan ulang kesilapan sama