Selepas membuat keputusan untuk berehat daripada bidang politik, rata-rata melihat bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin lebih tenang.
Tambahan pula, beliau mula bertugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM pada Februari lalu.
Kini KJ dilihat tampil dalam iklan makanan Pak Mat Western sebagai penghantar makanan pula.
“Memandangkan saya tengah free, saya berbesar hati menerima tawaran itu,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Walaupun kalah semasa bertanding Pilihan Raya Umum (PRU), KJ dilihat sebagai seseorang yang sangat dekat dengan jiwa rakyat.
“Kalah PRU, tapi KJ pandai tackle rakyat sebenarnya. Aku yakin KJ akan naik balik satu hari nanti,” ujar pengguna media sosial.
Rata-rata netizen tampil memuji gaya lakonan yang dilihat tidak kekok malah berseloroh beliau ‘caras’ kerja mereka.
“Setakat ni KJ paling win iklan pak mat western.
“Dulu kerja pasar malam, pemandu teksi semua dia sapu.
“Anda patut masuk ke dalam industri lakonan KJ! Ada bakat semulajadi,” antara komen pengguna TikTok.
Baca juga: Serik disihir, Rita Rudaini selesa bertemankan anak-anak – “Kawan jadi musuh paling dahsyat”