‘Face shaming’ muka Jihan pula, netizen minta Nabil sedar diri, kurangkan lawak kasar

Oleh MAISARAH AISYA

Sering terkenal kerana percakapan tidak berlapik atas dasar guruan, pengacara Nabil Ahmad kembali menjadi sorotan netizen.

Setiap minggu ada sahaja isu membabitkan pengacara All Stars Gegar Vaganza (GV10), selalunya melibatkan ‘gurauan’ kasar.

Kini yang menjadi mangsa adalah sesama pengacara pula apabila Nabil memerli Jihan Muse disebabkan rupanya ketika muda.

Nabil bergurau apabila bertanya sama ada Jihan pernah mempunyai pengalaman menerima luahan cinta daripada mana-mana lelaki.

“Kau pernah tak ada lelaki luahkan dia ‘crush’ pada kau?

“Mestilah tak ada sebab dulu muka kau macam mana pula,” seloroh Nabil.

Walaupun tahu keakraban dua pengacara tersebut, netizen tidak senang melihat Nabil tanpa segan bercakap sebgitu d ihadapan ramai penonton.

“Kita faham Nabil dan Jihan rapat, bertahun-tahun menjadi hos GV tetapi buat lawak di hadapan umum seperti itu tidak baik. Tak suka ‘face shaming’ atau ‘body shaming’.

“Saya rasa tidak lawak lagi apabila Nabil bergurau (face shaming) Jihan tentang penampilannya sebelum ini.

“Sudah tahun 2023, bolehkah beri jenis lawak lebih baik?” antara komen netizen.

Pengacara seharusnya lebih sensitif dalam isu ini kerana segala percakapan mereka dirakam dan ditayang di hadapan puluhan ribu penonton.

Baca juga: Disangka bergaduh, isteri rupanya menjerit sebab Badrul Muhayat dah tak bernyawa – Aida Aris