Perkahwinan pasangan di bawah umur perlu sering menjadi perhatian dek kerana mereka dilihat masih tidak untuk memasuki alam perkahwinan.
Walaupun ada yang bertahan tapi kebanyakan statistik menunjukkan mereka yang berkahwin muda akan bercerai.
Menurut SindoNews. tular klip video dua kanak-kanak berusia 10 tahun yang dikatakan berkahwin di Madura, Jawa Timur, Indonesia.
Pejabat Pendakwa Raya Sampang kemudian menyiasat dakwaan itu dengan memanggil keluarga dua kanak-kanak itu.
Ketua Risikan di Pejabat Pendakwa Raya Sampang, Achmad Wahyudi berkata, dalam perkara ini pihaknya mempunyai kuasa untuk membatalkan perkahwinan kerana mereka masih di bawah umur.
“Setelah disiasat, ternyata dua remaja itu berusia 14 tahun dan mereka berasal dari daerah Robatal,” katanya.
Bertunang bukan kahwin
Pegawai Pejabat Pendakwa Raya Sampang kemudian diberitahu bahawa dua remaja itu hanya bertunang.
Perkara itu biasa dilakukan dalam kalangan masyarakat Islam Madura lebih-lebih lagi apabila ibu bapa kedua-dua belah pihak merestui hubungan mereka.
“Jadi maklumat mengenai perkahwinan itu adalah palsu. Sementara itu, pertunangan tersebut berlangsung pada 22 Oktober lalu di kediaman gadis itu,” kata Achmad.
Baca juga: “Campak skrip ke muka orang”, Mira Filzah dituduh selebriti baik berperangai syaitan