Pastinya setiap pengantin mengimpikan perkahwinan yang serba mewah dan gah namun ada juga lebih memilih majlis sederhana.
Buat pasangan pengantin di wilayah Guangdong, China ini menolak majlis besar-besaran dan menyerahkan duit simpanan mereka kepada beberapa badan amal.
Menurut South China Morning Post (SCMP), pempengaruh media sosial, Ma Jianguo dan isterinya, Daruirui, menyumbang sebanyak 200,000 yuan (RM128,658) kepada tiga badan amal.
Pada mulanya duit tersebut diperuntukkan untuk majlis perkahwinan mereka. Jianguo mempunyai 37 juta pengikut di platform Weibo dan 360,000 di Douyin
Menerusi hantaran media sosial, dia memaklumakn telah berkahwin dengan Daruirui serta akan mengadakan majlis secara kecil-kecilan.
Jianguo turut memaklumkan duit sumbangan tersebutr adalah hasil simpanan mereka dan pemberian ahli keluarga untuk majlis kahwin.
Namun, selepas berbincang mengenai hasrat mereka dengan keluarga masing-masing, idea itu disambut dengan baik.
Pasangan suami isteri itu juga memberikan sumbangan tersebut secara khas untuk menyokong kanak-kanak yang kelaparan, wanita kurang berkemampuan di kawasan-kawasan mundur serta veteran tentera yang memerlukan bantuan.
“Ini adalah tanda penghormatan kami. Jika kanak-kanak boleh makan, wanita boleh melalui tempoh datang bulan dengan selamat serta veteran askar boleh hidup dengan penuh bermaruah, kami percaya semua orang akan rasa bahagia,” kata Daruirui.
Isterinya juga mempunyai 1.42 juta pengikut di Weibo serta 98,000 pengikut di platform Douyin.
Rata-rata netzien memuji niat baik pasangan ‘influencer tersebut’ yang menggunakan duit mereka untuk membantu orang lain.
“Mereka ialah pasangan yang mempunyai rasa cinta yang kuat.
“Pasangan yang baik hati. Selamat pengantin baharu,” antara komen netizen.