Kadangkala selebriti tidak ada masalah antara satu sama lain namun peminat fanatik pula terlalu taksub untuk melagakan artis.
Umum tahu mengenai pelakon dan usahawan tudung, Neelofa dengan rakan selebriti, Fazura yang dilihat tidak berkawan.
Sebelum ini Neeloga mengakui sedia untuk berjumpa dengan Fazura bagi mengakhiri ‘perang dingin’ yang berpanjangan bertahun lama.
Fazura pada masa sama turut memberi respon tentang hal itu menerusi hantaran di Instagram dan berkata ‘perang dingin’ ini adalah satu naratif yang tidak betul.
Bagi Neelofa, niatnya berbaik bukanlah untuk menjadi teman rapat tapi cukup untuk masing-masing buka buku baru dan fokus kepada kehidupan sendiri.
“Bukan nak kata jadi BFF dan sebagainya, oh tidak. Tapi cukup sekadar kita membuka muka baru.
“Semoga dengan ini pengikut masing-masing, peminat dan netizen ambil kebaikan dan tinggalkan segala benda yang tidak baik,” ujar Neelofa.
Peminat seharusnya hanya fokus dalam memberi sokongan kepada artis masing-masing tanpa masuk campur akan hal peribadi mereka.
Pada akhirnya gosip kecil daripada peminat ini yang akan menambah bara ke dalam api yang sudah marak.