Ada sebab mengapa kita dilarang bergurau melebihi batas kerana ada masanya seseorang itu tidak melihat gurauan itu sebagai kelakar dan memandang serius.
Akibat gurauan daripada rakan, seorang wanita dari Indonesia yang mengalami masalah ‘overthinking’ atau berfikir secara berlebihan bertindak membatalkan perkahwinannya.
Kisah itu tular di media sosial Indonesa selepas satu video dimuat naik dalam akaun X @sosmedkeras.
Menurut Suara.com, dua hari sebelum berkahwin, Ani mengalami masalah ‘overthinking’ dan kemurungan teruk sehingga menjejaskan mentalnya disebabkan gurauan rakannya.
Ketika dia pulang ke rumah bersama bakal suaminya, mereka bertemu dengan seorang rakan dan bermula episod ‘overthinking’
Rakan Ani telah membuat satu gurauan dengan menyatakan bahawa bakal suaminya pernah dilihat menaiki motosikal bersama wanita lain.
Nampak gurauan tersebut sebagai satu perkara biasa namun bagi mereka yang ‘overthinking’ segalanya berlainan kerana mereka akan membut senario lain.
Gadis dari Kudus, Jawa Tengah itu dikatakan mengalami kemurungan teruk dan hilang kewarasan. Dia kini dalam keadaan daif dan dijaga oleh keluarganya.
Video itu menarik perhatian netizen di ruangan komen.
“Belajarlah untuk menjaga kata-kata anda, kita tidak tahu sejauh mana pengaruh kata-kata kita terhadap kehidupan orang lain,” komen seorang netizen.
Baca juga: Isteri muda jutawan dedah tabiat berbelanjanya, sehari habiskan duit cecah RM74,000
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio