“Diam Fazura, DIAM”, nyanyian sumbang tuai kecaman, peminat minta fokus berlakon sahaja

Oleh WAN SITI AMINAH

Pelakon popular, Nur Fazura kembali menjadi topik perbincangan hangat di kalangan pengguna media sosial tempatan, baru-baru ini.

Hal ini dipercayai berpunca daripada kehadiran Fazura sebagai artis jemputan dalam konsert Tombo Ati Ridho Illahi Opick dan Salman Al Jugjawy pada malam Sabtu lalu.

Menerusi satu rakaman yang tular di media sosial, wanita berusia 40 tahun itu tampil dalam persalinan jubah serba putih sambil menyampaikan sebuah lagu ketuhanan.

Terlihat begitu menjiwai nyanyiannya, pemilik nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin itu tampil menyumbangkan lagu milik penyanyi, Ahmad Dhani iaitu Jika Cinta Allah.

Berjaya mengundang perhatian ramai, rakaman persembahan Fazura itu dikongsi menerusi satu hantaran tular yang dimuat naik di akaun TikTok milik @astrogempak.

Seperti yang dijangka, rata-rata pengguna TikTok termasuk peminatnya sendiri memenuhi ruangan komen dengan kata kritikan terhadap isteri pelakon, Fattah Amin itu.

Mereka berpendapat watak utama filem Pisau Cukur itu terlalu yakin dengan kualiti vokalnya sehingga tidak menyedari bahawa dirinya tidak sesuai menjadi penyanyi.

Ramai juga individu berkongsi pandangan bahawa nyanyian Fazura ‘hancur’ meskipun wanita itu dilihat begitu semangat untuk memberikan persembahan terbaik.

@astrogempak

Persembahan daripada Fazura malam ni di Konsert Opick & Sakti #KonsertGempak #SembangEntertainment

♬ original sound – Gempak – Gempak

Malah, ada seorang pelayar TikTok meminta pelakon itu untuk tidak membuka mulut jika berada di atas pentas kerana menganggap nyanyiannya terlalu menyedihkan.

“Diam fazura… DIAMMMMMM!,” kata seorang pengguna yang berkongsi rasa ‘segan’ ketika melihat persembahan nyanyian daripada anak kelahiran Pekan, Pahang itu.

“Fazura, semua benda saya suka dekat awak kecuali menyanyi. Lebih baik fokus kepada lakonan sahaja.” Kongsi seorang peminat Fazura yang prihatin.

Walau bagaimanapun, ada juga beberapa individu memuji sikap dan usaha pelakon berkenaan yang berani menyahut cabaran meskipun mengundang kritikan ramai.

Konsert yang dianjurkan di Zepp KL kelmarin itu juga turut mendekasikan satu segmen khusus buat masyarakat Palestin dan tabung sumbangan juga dibuka pada penonton yang mahu menderma seikhlas hati.

Baca juga: Rakan bergurau nampak bakal suami naik motor dengan perempuan lain, wanita terus batalkan perkahwinan