Sharifah Sakinah asingkan diri dari sosial media, umum tidak akan kerja dengan jenama sokong Israel

Oleh KIM SYAZIE

Melihat dunia semakin rapuh dengan segala kebobrokan, pelakon Sharifah Sakinah memilih untuk berehat daripada toksik media sosial.

Pelakon Sharifah Sakinah mengumumkan akan berehat dari toksik sosial media buat satu tempoh dan akan mengasingkan diri dari apa sahaja isu berlaku di platform itu.

Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired berkata, keputusan tersebut terpaksa diambil agar emosi tidak terus terganggu dengan keadaan dunia sekarang.

“Saya tidak akan aktif dalam media sosial sehingga 26 November.

“Dalam tempoh berdiam diri, saya akan mengasingkan diri daripada sebarang berita dan apa sahaja media.

“Sangat menyayat hati apabila melihat keadaan dunia ketika ini.

“Menjaga emosi menjadi keutamaan saya dan tanpa henti menitipkan doa kepada semua yang terjejas disebabkan peperangan serta ketamakan manusia,” katanya dalam Instagram memetik Kosmo!.

Dalam masa sama, bintang drama Kau Yang Ku Gelar Isteri itu turut menegaskan tidak akan menerima sebarang tawaran kerja atau jenama yang menyokong  Israel.

“Kepada keluarga dan rakan-rakan, jangan risau. Anda tahu di mana untuk mencari saya.

“Untuk sebarang urusan kerja boleh e-mel tetapi bukan produk pelangsingan, pemutihan atau sebarang jenama yang menyokong peperangan serta pemanasan global,” katanya lagi.

Sakinah bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci sama ada keputusan berehat tersebut berkaitan perang di Gaza, Palestin yang sudah mengorbankan lebih 11,000 nyawa atau sebaliknya. 

Baca juga: “Luar macam malaikat tapi belakang macam s*al, terkedu aku baca mesej kawan suami aku, rupanya…”