Afifah Nasir mahu jejaka tampan, pandai bahasa Inggeris dan tinggi ilmu agama jadi calon suami

Oleh KIM SYAZIE

Pelakon cantik, Afifah Nasir akui cerewet dan meletakkan kriteria yang tinggi dalam memilih calon suami yang terbaik.

Menurut pemilik nama Nur Afifah Md. Nasir, dia mahukan seorang jejaka yang berwajah tampan dan mempunyai ilmu agama yang tinggi.

“Saya benar-benar cerewet apabila bercakap tentang lelaki. Saya mahukan yang sempurna tapi mustahil.

“Saya mahukan seseorang yang tampan, baik, tinggi, pandai berbahasa Inggeris, berintelektual, tidak minum arak, tahu banyak tentang Islam dan sebagainya.

“Saya bertuah, saya pasti telah melakukan sesuatu yang hebat dalam hidup sebab Allah kurniakan kepada saya lelaki sebegitu, tetapi hakikatnya hanya 10 peratus yang macam tu, susah nak jumpa,” katanya.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram Story miliknya baru-baru ini.

Pelakon drama Pengantin Satu Malam itu juga menyeru dan mengingatkan kaum lelaki agar mendalami ilmu agama.

“Apa yang boleh saya katakan, selamat berjaya untuk wanita di luar sana dalam mencari pasangan hidup.

“Sekarang untuk lelaki di luar sana, jika anda mahukan wanita yang sempurna, perbaiki diri anda dahulu.

“Hargai kami sebagai wanita. Tahu betapa tingginya_ nilai seorang perempuan. Anggap dan layan kami seperti permata maka insha-Allah kalian akan menemui wanita yang baik,” katanya lagi.

Baca juga: “Aku angau dengan kekasih lama sampai aku abaikan isteri, rupanya dia melayan sebab aku tabur duit…”