Siapa sangka perkahwinan pempengaruh Nur Afilah Amir Rusdi bersama suaminya Adama Muhamed Camara yang berasal dari Guinea, Afrika Barat sudah pun menjangkau usia empat tahun.
Sungguhpun begitu, perkahwinan Afilah yang lebih dikenali sebagai Fila itu masih lagi menjadi bualan sehinggakan dikecam wargamaya di media sosial.
Baru-baru ini Fila tampil berkongsi hantaran memaparkan komen seorang individu lelaki mengenai perkahwinannya menerusi hantaran di TikTok.
“Kau pun macam dia juga ke asal boleh?,” komen individu tersebut
Tenang dengan komen tersebut, Fila kemudian memuat naik video menunjukkan kelebihan yang dimiliki suaminya, Adama.
Antara kelebihan dan kebaikan yang ditunjukkan ialah kerajinan suaminya itu dalam mencari rezeki, berpelajaran tinggi serta berupaya menguasai tujuh bahasa yang berlainan.
“Eee ada hati nak kata kita ni asal boleh pilih suami, elok lagi suami aku dari kau.
“Lagi satu dia tinggi, kau tu setakat duduk celah ketiak dia ja. Okay bye,” katanya dalam kapsyen di video.
Baca juga: “Masa bekas isteri beria ajak rujuk, aku ego, aku tak nak kalah, sekarang aku pula merana…”