Mawar Rashid terus meraih perhatian pengguna media sosial selepas keputusannya tidak lagi bertudung. Mawar mengambil langkah berhati-hati dengan tidak terlalu berkongsi gambar dirinya tidak bertudung.
Begitu pun baru-baru ini, Mawar ada memuat naik beberapa keping gambarnya mengenakan baju berwarna hitam dan mengenakan solekan.
Dia tidak menulis sebarang kapsyen pada hantarannya namun meletakkan lagu berjudul ‘What Was I Made For’ nyanyian Billie Eilish.
Seperti sudah dijangka, perkongsian Mawar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Paling ketara, mereka menyedari air muka aktres itu kelihatan sangat berbeza berbanding sewaktu dia mengenakan hijab.
Menurut mereka, isteri Raf Yaacob itu seperti sudah hilang seri mukanya sejak membuka tudung.
“Sorry tapi sejak tak bertudung ni air muka dia lain. Tak ada seri. Bersolek tebal pun nampak macam tak mandi,” komen netizen.
“Sat post, sat padam. Kau nak apa nyah,” komen pula netizen yang lain.
Meskipun pelbagai komen kecaman dilemparkan, namun ramai yang memberikan teguran dan nasihat agar Mawar kembali berhijab kerana dilihat lebih cantik.
Mawar juga mengambil pendekatan tidak melayan komen-komen kecaman yang dilemparkan kepadanya.
Baca juga: Tak perlu lagi ambil ubat steroid, Noryn Aziz anggap penyingkiran sebagai hikmah