Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek membuat keputusan untuk ambil tindakan undang-undang terhadap portal Harakah atas kenyataan fitnah dikeluarkan 6 November lalu.
Fadhlina dikatakan telah menghantar Notis Tuntutan (LOD) kepada Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail.
Pernyataan fitnah yang berdasarkan kenyataan Zulkifli itu disiarkan dalam artikel disiarkan Harakahdaily bertarikh 6 November 2023 di bawah tajuk “Ajaran Siapa Tak Boleh Takbir Di Sekolah?”.
Dalam tuntutan yang dikemukakan melalui Firma Guaman Ibrahim & Fuaadah bertarikh 21 November 2023, kandungan notis tersebut termasuklah memberi tempoh 48 jam untuk menarik balik artikel berkenaan serya memohon maaf tanpa syarat.
Memberi akujanji dan jaminan secara bertulis tidak akan menyiarkan lagi apa-apa kenyataan fitnah terhadap Fadhlina.
Pihak terlibat juga perlu membayar RM500,000 sebagai gantirugi terhadap kecederaan reputasi yang dialami Fadhlina berikutan penyiaran artikel fitnah berkenaan.
Defendan iaitu Zulkifli dan Harakahdaily hendaklah menanggung rugi yang dialami Fadhlina berhubung semua kos yang terlibat dalam tindakan ini.
Dalam artikel tersebut, Zulkifli Ismail mempersoal tindakan Fadhlina yang tidak membenarkan takbir dan qunut nazilah dalam sambutan minggu solidariti Palestin di sekolah-sekolah telah dipersoalkan.
Tambah Zulkilfi, tindakan itu menggambarkan sikap tidak jujur seorang yang beragama Islam terhadap ajaran yang sebenarnya dibawa oleh Islam.
Baca juga: Baru mendarat dari AS dah pergi mesyuarat Parlimen, “mana datang tenaga Anwar ni?” – netizen